Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Siakap 3 Rasa Aurora Yang Istimewa Untuk Anda Semua. Buat Sendiri Lagi Jimat!
Nak buat makan-makan kat rumah? bolehlah cuba hidangkan siakap 3 rasa aurora yang cukup istimewa ini. Tekstur luar dan dalam ikan siakap ini juga lebih rangup dan sedap kalau anda ikuti tips memasaknya disini.
Bila masak sendiri, boleh hias cantik-cantik macam menu masakan di kedai dan hotel. Selain itu ianya juga lebih jimat berbanding makan diluar. Harga ikan siakap lebih kurang RM 8.90 je lebih murah dari makan diluar.
Hidangan ini sangat ramai penggemarnya. Bila keluar makan terutamanya di restoran Thai, pasti hidangan ini menjadi pilihan ramai. Lepas ni tak perlu beli diluar lagi, buat secara homemade dan follow resepi siakap 3 rasa aurora ini confirm puas hati!
Bila dah cuba sekali pasti nak lagi. Kepala ikan pun boleh licin dibuatnya. Resepi siakap 3 rasa aurora yang istimewa ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Afy AL Habibi.
Ikan siakap akan dimasak garing terlebih dahulu dengan menggunakan tepung jagung dan perapan bahan tumbuk seperti halia, bawang putih dan garam. Kemudiannya, ikan siakap akan disiram dengan kuah 3 rasa.
RESEPI SIAKAP 3 RASA AURORA
Ikan boleh dibelah ala ‘fillet’ supaya isi ikan akan lebih rangup dan sedap. Tak nak cakap banyak lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan hidangan istimewa ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan ikan siakap goreng :
- Ikan siakap
- 3/4 sudu besar tepung jagung
- Daun salad (dihias)
Bahan tumbuk :
- 2 hiris halia
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan untuk kuah 3 rasa :
- 1 1/2 senduk cili kering kisar
- 1 senduk cili sos life
- 1 sudu besar sos tiram
- 3/4 gelas air asam jawa
- Gula
- Garam
- Perencah Hilal
Bahan yang perlu dipotong :
- 1/2 biji bawang merah (dipotong dadu)
- 1/2 biji bawang Holland (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
- 2 helai daun limau purut
- 2 hiris halia (dihiris memanjang)
- 3 tangkai cili padi merah
- 1 tangkai cili besar hijau
- 1 batang serai (dihiris serong)
- 1 hiris nanas (dihiris dadu)
Bahan kisar :
- 1/2 biji bawang merah
- 1/4 biji bawang Holland
- 1 ulas bawang putih
- 1/4 sudu kecil ketumbar dan jintan putih
- 2 hiris nipis serai
- 1/4 hiris nipis halia
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP 3 RASA AURORA :
▶️ Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk. Boleh belah ikan ala ‘fillet’ supaya isi ikan akan lebih rangup dan sedap.
▶️ Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.
▶️ Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.
▶️ Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian. Terus letak atas daun salad untuk hias. Kemudian ketepikan.
▶️ Gunakan minyak gorengan ikan siakap tadi sedikit.
▶️ Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas. Kemudian, masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
▶️ Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
▶️ Tambahkan 1 senduk cili sos life. Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.
▶️ Masukkan 3/4 gelas air asam jawa. Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
▶️ Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
▶️ Akhir sekali, masukkan potongan nenas sebelum tutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi. Siap!
▶️ Sedia untuk dicurahkan kuah 3 rasa di atas badan ikan dan hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Puff Pastri Sosej Ala Bunga Ros Kembang Setaman. Sedapnya Boleh Melekat Dihati!
Siap untuk dihidang! Sebelum dihidang pada keluarga atau tetamu yang datang, anda boleh hias siakap 3 rasa aurora ini. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya.
Penggunaan daun limau purut dalam masakannya, menambahkan lagi aroma bau masakan. Tengah masak pun rasa tak sabar nak makan. Nak masak kuahnya juga sangat mudah, campak-campak je bahan yang siap dipotong dan dikisar tadi.
Resepi ini juga diperasakan dengan perencah hilal yang digunakan sebagai penyedap masakan. Semoga resepi siakap 3 rasa aurora ini bermanfaat puat anda semua. Selamat mencuba!