Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuah Yong Tau Fu Ala Pasar Malam Yang Mudah Dan Sedap. Masak Sendiri Lagi Puas Hati!

0 892

Ada tak penggemar yong tau fu kat sini? Mesti korang selalu makan kat luar kan? Tapi kalau ada resepi kuah yang tau fu tu mesti korang akan buat sendiri je kat rumah. Dapat makan puas-puas lagi. Jom follow resepinya di sini. Confirm puas hati!

Bahan-bahan nak masak kuah yong tau fu pun mudah je nak dapat. Isinya pula korang boleh beli yang frozen je kat Shopee. Murah-murah pulak tu. Celur je semua bahan dah boleh makan dengan kuah yong tau fu yang korang buat sendiri.

Yong tau fu ni sangat ramai penggemarnya. Ianya akan di hidang dengan pelbagai jenis bahan bebola atau tauhu dan juga sayur-sayuran. Yong tau fu ni juga sesuai untuk mereka yang nak diet. Sebab makanan ni memang mengeyangkan. Lebihkan sayur-sayuran barulah sihat.

Rasa kuah yong tau fu yang di kongsikan oleh Cik Puan Addarosa Rose Garden ni sebijik rasa macam kat pasar malam. Memang rugi lah kalau tak cuba. Raya-raya ni kan tengah berkumpul reramai. Syok lah kalau dapat makan yong tau fu satu family.

Keenakan yong tau fu sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada rasa kuahnya. Tekstur kuah yang pekat likat dan gelap antara ciri kuah yong tau fu yang sedap. Korang boleh nampak kepekatan kuah bila di tuang atas bahan-bahan nanti.

 

RESEPI KUAH YONG TAU FU

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuah yong tau fu yang sedap ini. Mudah, sedap dan confirm nak lagi. Lagi jimat banyak duit poket korang dari makan kat luar tau!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kuah : 
  • 2 senduk kicap manis
  • 2 senduk sos cili
  • 2 sudu cili mesin
  • 2 senduk sos tiram
  • Belacan sikit
  • 1 cawan air/ lebih ikut kepekatan yang korang nak
  • Blend taucu masin (Optional)
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh air dulu)
  • Gula kabung
  • Bijan sangai (untuk tabur)
  • Garam

Bahan celur : 
  • Sotong kembang
  • Bebola ikan
  • Bebola sotong
  • Jejari ketam
  • Hot dog
  • Kangkung

CARA PENYEDIAAN KUAH YONG TAU FU :

▶️ Masak semua bahan untuk kuah sampai pekat. Boleh letak garam sikit jika nak lebih masin. Kacau sampai pekat dah siap kuahnya!

▶️ Panaskan air untuk celur bahan-bahan yong tau fu.

▶️ Celur dan toskan.

▶️ Tabur bijan dalam kuah dan hidang bersama bahan-bahan celur tadi.

 

BACA JUGA : Cara Buat Tempeyek Express Paling Mudah. Guna Kulit Popia Je Lagi Senang. Rangup Pulak Tu!

 

Siap untuk dihidang! Kuah yong tau fu ni boleh di masinkan sedikit. Tapi, lebih sedap kalau di maniskan dan di tambah pedas. Fuh! Makan panas-panas lagi sedap. Nak lagi sedap, korang boleh letak air celur tu sedikit serbuk cukup rasa. Barulah rasa nikmat enak masa nak makan nanti.

Cik Puan Addarosa Rose Garden ni juga sangat suka berkongsi resepi masakan di wall Facebooknya. Next time kita cuba resepi kek ayam ala-ala makanan Korea pula. Resepi ni viral sampai 7.9k tau. Wow! Mesti korang nak tahu, apa yang menariknya dengan resepi tu kan.

Kalau nak tahu, korang kena follow banyak lagi resepi kat kongsi resepi ni. Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kuah yong tau fu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open