Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Spicy Creamy Spaghetti Tomyam Yang Mudah Lagi Sedap. Bercreamy Gitu!
Spaghetti ni kebiasaannya dikaitkan dengan menu Western. Sesekali boleh cuba masak ala ala tekak Melayu syok juga kan. Apatahlagi bila ada rasa creamy pergh lagi sedap. Jom kita cuba resepi spicy creamy spaghetti tomyam dirumah.
Mungkin ada yang belum pernah mencubanya. Terfikir-fikir apa pula rasa spaghetti tomyam ni. Ditambah pula susu full cream untuk mendapatkan rasa creamy. Agak-agak macam mana dengan rasanya. Nak tahu, kenalah cuba!
Boleh buat dalam kuantiti yang sikit je dulu untuk mencubanya. Bahan wajib selain spaghetti adalah peste tomyam. Bahan lain pula mesti dah tersedia dirumah masing-masing kerana bahan lainnya adalah bahan asas memasak.
Resepi spicy creamy spaghetti tomyam ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Shida Ambok melalui laman Facebooknya. Kepada semua penggemar masakan berperisa tomyam, anda wajib mencubanya dirumah. Sedap sangat hasilnya!
Resepi ini menggabungkan masakan Barat juga masakan Melayu dan Thai. Zaman moden ni pelbagai resepi yang menggabungkan masakan satu budaya dengan budaya yang lain. Ianya juga tetap menarik perhatian ramai.
RESEPI SPICY CREAMY SPAGHETTI TOMYAM
Memandangkan musim PKP, ramai antara kita yang berkerja dirumah. Stay up pula sampai malam. Kalau terasa lapar malam-malam sambil buat kerja tu, bolehlah cuba resepi ni. Simple sangat dan pastinya mengenyangkan!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sepeket spaghetti
- Butter
- 2 biji bawang holland
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2 sudu besar paste tomyam
- Isi ayam
- 2 cawan susu full cream
- 2 biji cilipadi
- 1 biji tomato
- 4 helai daun limau
- Daun bawang
CARA PENYEDIAAN SPICY CREAMY SPAGHETTI TOMYAM :
▶️ Rebus spaghetti dalam periuk. Kemudian ketepikan.
▶️ Cairkan pula butter dalam periuk panas.
▶️ Tumis bawang holland yang dipotong dadu dan bawang putih yang dicincang hingga naik bau.
▶️ Masukkan serai dipotong kasar dan diikuti paste tomyam ke dalam periuk. Kacau rata.
▶️ Setelah itu masukkan isi ayam yang sudah dipotong kecil.
▶️ Biarkan kesemuanya masak sebati. Kemudian, masukkan susu full cream.
▶️ Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi bersama dengan cili padi, daun bawang, tomato dan daun limau yang telah dipotong.
▶️ Masak sekejap dan tutup api. Sedia untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Bingka Roti Durian Yang Enak. Cuma Guna Periuk Dan Bakar Atas Dapur Gas Je!
Mudahkan! Menurut Cik Puan Shida, resepi ini tidak menggunakan garam atau serbuk perasa. Tapi, sampai licin bila dihidang. Anak-anaknya pun suka. Sedap sangat kata mereka! Sebelum dihidang, boleh rasa terlebih dahulu.
Kalau rasa tak memuaskan, anda boleh masukkan perisa garam dan serbuk perasa secukupnya. Agak-agak dah rasa bosan dengan spaghetti cabonara, oglio olio dan bolognese boleh la cuba perisa tomyam pula.
Sungguh tak mengecewakan hasilnya. Penggemar masakan tomyam, tak rugi mencubanya. Pasti licin pinggan. Semoga resepi spicy creamy spaghetti tomyam ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!