Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Gulai Ikan Aya Makan Dengan Pulut Kuning Yang Paling Sedap. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!
Yang duduk merantau mesti dah rindu nak makan gulai ikan aya kan. Lauk ni memang famous kat Pantai Timur. Ada yang makan dengan nasi putih, nasi minyak dan pulut kuning. So, jom hari ni kita try tengok macam mana cara mudah nak masak gulai ikan aya makan dengan pulut kuning.
Masak gulai orang Pantai Timur ni memang ambil masa sikit. Tapi hasilnya memang sedap dan teksturnya juga cantik. Warna gulai yang cantik biasanya nampak kemerah-merahan. Kalau macam tu memang tak terlebih santan. Minyak pun akan terapung je kat atas nanti.
Ada tak kat sini penggemar gulai ikan aya. Ikan aya ni memang padu isinya. Ikan yang paling sedap dan sesuai di masak gulai. Rempah gulai yang di gunakan dalam resepi ni pula menggunakan rempah nasi dagang. Kalau susah nak cari, korang boleh beli online je kat Shopee.
Yang duduk merantau atau yang memang suka makan gulai ikan aya dah tak payah nak telan liur lagi. Baik korang try buat sendiri kat rumah. Mesti dah rindu nak makan air tangan mak kan. Sementara nak tunggu balik kampung raya ni, jom kita try buat sendiri. Boleh lunaskan craving nak makan gulai.
Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ni. Confirm menjadi! Encik Muliadi Ramli memang gemar berkongsi resepi. Ada macam-macam resepi masakan Pantai Timur beliau share kat wall Facebook milik beliau. Semua nampak menarik. Rugi kalau tak cuba!
RESEPI GULAI IKAN AYA MAKAN DENGAN PULUT KUNING
Ikan aya ni takde lah mahal mana. Hari ni nak masak, hari ni korang beli ikan kat pasar. Cari yang fresh, barulah syok nak makan nanti. Isi ikan pun rasa manis je. Jom kita lihat satu persatu bahan memasak yang di perlukan di bawah ni. Cara nak buat pulut kuning pun ada sekali.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kg Ikan aya (direbus hingga masak dan masukkan sekali asam keping dan garam)
Bahan kisar :
- 1 bj Bwg besar
- 8 bj Bwg merah
- 3 ulas Bwg putih
- 1/2 inci Halia
- 1 inci Lengkuas
Bahan lain :
- 5sb Cili giling cap kura
- 3sb Rempah nasi dagang
- Rempah 4 sekawan
- Minyak masak
- 3 keping Asam keping
- 1/2 keping Nisang/ gula melaka (ikut citarasa)
- 20 biji Cili thai
- 1 Garam secukup rasa
- Perasa
- 1 Belacan (optional)
- 1 1/2 biji Santan kelapa (saiz sederhana)
Bahan untuk pulut kuning :
- 1 kg beras pulut
- Kunyit
- Asam keping
- 1 kotak kecil santan
- 4 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN GULAI IKAN AYA DAN PULUT KUNING :
Cara penyediaan gulai ikan aya :
▶️ Panaskan periuk dengan minyak. Minyak lebih sikit untuk tumisan.
▶️ Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak
▶️ Kemudian, masukkan santan dan kacau smpai pecah minyak.
▶️ Kena selalu kacau supaya santan tak berketul.
▶️ Bila santan dah pecah minyak dan warna pun dah cantik merah, barulah masukkan air rebusan ikan.
▶️ Kacau biar mendidih. Masukkan bahan kisar dan kacau.
▶️ Masukkan rempah nasi dagang, rempah 4 sekawan dan kacau lagi.
▶️ Masukkan gula melaka, garam dan biar mendidih atas api sederhana dalam 1 jam.
▶️ Kemudian, baru masukkan ikan. Didihkan denagn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nampak kemerah – merahan.
▶️ Bolehlah tambah garam atau perasa, asam keping, belacan dan masukkan cili. Didihkan lagi dengan api kecil dalam 1 jam. Siap!
Cara penyediaan pulut kuning :
▶️ Bersihkan dan rendam beras pulut dengan kunyit dan asam keping. Tujuannya adalah untuk mengilatkan pulut.
▶️ Santan 1 kotak kecil dicampur dengan1 kotak air. Masukkan garam dan gula. Santan mesti rasa terlebih masin supaya pulut kita nanti ada rasa.
▶️ Toskan beras pulut dan masukkan daun pandan. Kukus dalam 30 minit.
▶️ Kemudian keluarkan. Arong bersama santan.
▶️ Akhir sekali, kukus lagi dalam 10 ke 15 minit. Siap! Bolehlah hidang dengan gulai ikan aya tadi.
BACA JUGA : Resepi Jagung Cheese Susu Kesukaan Anak-Anak. Habis Licin Mangkuk Dibuatnya!
Memang sedap sangat. Tengok gambar pun dah terliur di buatnya. Bolehlah hidang dengan timun. Cantikkan warna gulai ni. Kalau tak cukup merah, mesti cili giling korang terkurang. Tak pun terlebih santan. Kalau korang follow sebijik resepi ni mesti jadi. Jangan langgar cikgu ajar tau!
Menu ni juga sesuai di jadikan hidangan di kenduri dan majlis rumah terbuka. Jangan risau, pulut kuning ni tak guna bahan pewarna. Nak bagi kuning asli, korang guna je kunyit hidup. Lagi cantik warnanya. Ada bahan pewarna ni mesti korang was-was nak makan kan.
Buat sendiri lagi puas hati. Bolehlah asah skill memasak hidangan negeri lain kan. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Muliadi Ramli kerana sudi berkongsi resepi gulai ikan aya makan dengan pulut kuning ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!