Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Raindrop Cake Atau Kuih Titisan Hujan Yang Viral Dan Cantik. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

0 509

Viral orang buat raindrop cake ni kan? Ada yang nak try buat juga ke? Unik tau kek ni. Tak menggunakan tepung pun. Korang cuma perlukan serbuk jelly atau agar-agar je sebagai bahan utamanya. Jom follow resepi raindrop cake kat sini. Bahan lengkap boleh beli kat Shopee ye. Senang! Tak payah beli satu-satu bahan lagi.

Dulu masa raindrop ni viral, bahagian dalamnya takde letak apa pun. Tapi sekarang dah ramai orang lagi kreatif dan buat raindrop cake ni jadi lebih cantik. Ada yang letak buah strawberry, bunga, ramen dan pewarna. Macam-macam dah ada tau! Cantik je kejadiannya.

Cake ni juga di panggil sebagai kuih titisan hujan. Cantik sangat bila di hias atas paper boat. Sekali curah syrup gula dan tabur soya powder. Barulah sedap nak makan nanti. Paper boat tu korang boleh beli kat Shopee je nanti. Dah alang-alang nak beli, baik korang cari sekali dengan acuan raindrop. Senang korang nak buat cake ni nanti.

Banyak juga resepi raindrop cake kat Facebook. Tapi saya tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Leeina Qaliena ni. Cantik sangat kejadiannya. Patutlah resepi ni viral sampai 3.7k. Dalam raindrop cake ni ada buah strawberry. Tetamu mesti teruja kalau nampak cake ni.

Kalau ada majlis makan-makan kat rumah, korang bolehlah buat desert raindrop cake ni. Mesti tetamu korang suka. Cake ni ala-ala puding. Sedap sangat bila di makan sejuk-sejuk. Korang nak letak buah atau pewarna lain dalam raindrop cake ni pun boleh. Ikut je citarasa masing-masing.

 

RESEPI RAINDROP CAKE

Sebelum nak mula buat cake ni. Korang kena asingkan bahan kepada 3 bahagian dulu. First, bahan untuk raindrop jelly. Second, syrup gula dan akhir sekali adalah bahan untuk soya powder. Bila dah lengkap semua bahan seperti dibawah, bolehlah korang mula.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk Raindrop Jelly :
  • 1 1/2 sudu teh serbuk Jelly Nutrijell – Boleh juga guna Konnyaku Jelly
  • 2 sudu besar gula putih
  • 750 ml air

 

Bahan syrup gula :
  • 1/2 cawan gula merah
  • 3 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila

 

Bahan untuk soya powder :
  • 100 gram kacang soya
  • 2 sudu besar gula perang
  • Atau boleh terus guna soya powder instant secukupnya

CARA PEMYEDIAAN RAINDROP CAKE
Cara penyediaan raindrop jelly :

▶️ Larutkan gula dan serbuk jelly kedalam air. Kemudian, kacau atas api sederhana hingga mendidih. Matikan api.

▶️ Kacau perlahan untuk sejukkan seketika.

▶️ Kemudian, tuangkan kedalam acuan iceball atau apa-apa saja acuan pilihan.

▶️ Kalau nak letak strawberry, korang boleh masukkan buah strawberry tu siap-siap dalam acuan. Lepas tu, tuang jelly secukupnya.

▶️ Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.

 

Cara penyediaan syrup gula :

▶️ Satukan gula merah, gula putih dan air. Kacau hingga larut dan mendidih, letak esen vanila dan kacau sebati.

▶️ Tapis dalam bekas dan sejukkan.

Cara pemyediaan soya powder :

▶️ Rendam kacang soya selama sekitar 20-25 minit. Buangkan kulit soya, cuci bersih dan toskan.

▶️ Sangai atas api sehingga perang. Sejukkan.

▶️ Campurkan gula perang blend sehingga halus. Kemudian diayak.

▶️ Simpan dalam bekas kedap udara.

▶️ Nak lebih mudah beli soya powder instant yang dijual dipasaraya atau bakery. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop. Simple Dan Semestinya Sedap Sangat!

 

Dah siap semuanya, korang boleh hidang raindrop cake atas paper boat atau pinggan. Curahkan syrup gula dan taburkan sekali soya powder. Nak lagi cantik korang boleh letak edible flower, buah strawberry atau apa-apa jenis buah didalamnya. Semuanya terpulang atas citarasa masing-masing.

Menarik kan resepi raindrop cake ni. Patutlah resepi ni viral! Mula-mula nampak orang buat kat Tik Tok. Kalau dah benda pelik dan unik, memang laju je viral kat Tik Tok. Sama juga lah dengan resepi ni. Yang tak pernah cuba, korang bolehlah follow resepi ni nanti. Beli bahan lengkap kat Shopee je, lagi senang!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Leeina Qaliena kerana sudi berkongsi resepi raindrop cake atau kuih titisan hujan ini di Facebook. Memang cantik sangat kejadiannya. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open