Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Musim Panas Ni Sedap Tau Makan Jelly Kelapa. Ni Resepi Ringkas Untuk Semua!
Bayangkan waktu tengah hari yang panas, kita dapat makan jelly kelapa yang sejuk. Fuuh! Memang tak cukup sebekas kalau beli dekat kedai. Sedapnya kalau dapat makan jelly kelapa, minum air kelapa sejuk-sejuk.
Sebenarnya nak buat jelly kelapa ni serious senang je. Semua ornag boleh buat. Cuma kena lah ada bahan utamanya iaitu buah kelapa. Sebab kita akan gunakan isi kelapa tersebut.
Kalau rumah kita Kawasan kampung, memang mudah sangat nak dapatkan stok buah kelapa. Kait je di luar rumah. Oh ya! Nak buat jelly kelapa ni, wajib gunakan buah kelapa muda tau. Jika yang tua, rasa dia kurang sedap.
Untuk yang ada stok kelapa muda, selain daripada buat jualan air kelapa, memang saya sangat suggest kan korang buat jelly kelapa. Confirm ramai yang akan beli terutama di musim panas macam sekarang ni.
Resepi jelly kelapa yang Cik Puan Mariatul Khibtiyah ni mudah nak follow dan senang nak ikut. Cubalah. Mesti menjadi dan ramai suka.
RESEPI JELLY KELAPA
Antara makanan simple yang paling sedap dimakan. Selain nak makan waktu tengah musim panas, boleh juga buat sebagai hidangan minum petang. Gantikan dengan agar-agar atau puding.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 paket agar-agar tali
- 5 liter air ( campuran air kelapa muda dan air masak biasa)
- 2 helai daun pandan
- 2 ½ cawan gula
- 2 biji kelapa muda untuk ambil isinya
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN JELLY KELAPA :
▶ Mula-mula sekali, masak agar-agar bersama campuran air dan air kelapa tadi. masukkan secubit garam dan juga daun pandan.
▶ Masak sehingga agar-agar larut dan mendidih
▶ Seterusnya masukkan gula. Kacau lagi sampai gula larut. Tutup api, kemudian masukkan isi kelapa muda yang diparut tadi.
▶ Pastikan isi kelapa ni tak letak terlalu awal untuk elakkan agar-agar bertukar jadi kebiruan.
▶ Akhir sekali, tuang agar-agar dalam bekas biarkan dia mengeras.
▶ Bila dah kurang panas, simpan dalam peti ais.
▶ Sedap dimakan panas-panas.
▶ Siap dan sedia untuk dijamu.
BACA JUGA: Cara Simple Buat Kerabu Kerang. Makan Dengan Bubur Lambuk Memang Marvellous!
Mudahnya nak buat jelly kelapa ni. Tapi masalahnya adalah buah kelapa mudah tak mudah nak di Kawasan sini. Jadi memang ada yang jual jelly kelapa siap sahaja. Cuma saya suka kongsikan resepi buat jelly kelapa ni mana tahu ada yang memerlukan.
Jika ada yang nak gunakan resepi ini untuk buat jualan juga boleh, tiada masalah dan semoga ianya memberi manfaat kepada korang semua.
Sharekan resepi buat jelly kelapa ni di wall facebook supaya mudah kita nak rujuk semula bila berkelapangan nanti. Selamat menjamu selera!