Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Simple Buat Kerabu Kerang. Makan Dengan Bubur Lambuk Memang Marvellous!

Kerabu kerang
0 245

Bulan puasa dengan kerabu kerang memang tidak boleh dipisahkan. Nak tahu kenapa? Setiap kali bulan puasa menjelma pasti akan ada bubur kan. Sama ada bubur biasa mahupun bubur lambuk. Dan kerabu kerang lah pasangannya!

Jarang nak jumpa kerabu kerang pada waktu dan hari biasa. Bukanlah tak boleh buat, bukan susah nak buat. Cuma jarang nak makan bubur ketika bulan selain bulan puasa. Berbeza pada bulan puasa, setiap surau dan masjid boleh dikatakan wajib edarkan bubur lambuk.

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa kan? Sebenarnya bubur lambuk dengan laukkan kerabu kerang ini adalah sebagai alas sahaja dulu sebelum kita berbuka yang sebenar. Almaklumlah, nak solat maghrib dalam keadaan yang terlalu kenyang juga makruh.

Oleh itu, disunatkan berbuka sikit dahulu dengan erti kata tak kenyang sangat. Solat maghrib dan kemudian bolehlah makan berat yang lain. Begitulah kisahnya bubur lambuk dengan kerabu kerang ni.

Jadi, sempena Ramadhan yang bakal tiba ni jom saya kongsikan macam mana nak buat kerabu kerang yang sedap dan marvellous.

 

RESEPI KERABU KERANG

Walaupun ramai yang pernah kongsikan nak buat kerabu kerang ni, tapi saya tertarik nak kongsikan resepi kerabu kerang  yang dikongsikan oleh Cik Puan Ummi Alana ni. Nampak simple dan mudah saya nak follow.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg kerang
  • 5 batang kacang botol
  • 1 mangkuk tauge
  • 8 biji cili padi ( potong nipis-nipis)
  • 2 bji limau nipis ( perahkan jusnya )
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN KERABU KERANG :

▶ Mula-mula sekali cuci kerang bersih-bersih. Jika perlu berus dulu bahagian kulitnya untuk hilangkan segala kekotoran.

▶ Rebus sehingga masak. Macam mana nak pastikan kerang kita masak adalah dengan cengkerangnya terbuka.

▶ Potong nipis kacang botol, bawang merah dan juga cili padi.

▶ Satukan bahan-bahan dalam satu bekas. Perisikan isi kerang.

▶ Gaul semua bahan supaya sekata. Perasakan supaya setiap ngam rasa masam dan manisnya.

▶ Simpan dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.

▶ Makan dengan bubur, memang sangat sedap.

▶ Siap dan mudah untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Souffle Cheesecake Sedap Guna 3 Bahan. Comfirm Jadi!

 

Kepada yang suka makan kerabu kerang ni, boleh buat banyak sikit. Macam saya memang suka buat banyak dan lebih sebab suka ratah. Makan ni time bulan puasa, memang layan. Ralit makan sampai tak pandang kiri kanan tau.

Selain kerabu kerang, banyak lagi kerabu yang boleh dimakan dan biasanya senang jumpa di bazar Ramadhan. Pilih je nak makan apa, semua jenis kerabu ada.

Saya harap perkongsian buat kerabu kerang ni dapat beri manfaat kepada semua yang memerlukan dan yang sedang belajar nak buat kerabu kerang. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open