Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Souffle Cheesecake Sedap Guna 3 Bahan. Comfirm Jadi!
Bila tekak teringin nak makan kek lembut dan bercheese, korang wajib cuba buat souffle cheesecake. Serious lembut sangat keknya. Dan rasa cheese yang tidak melampau sangat. Just nice je gitu.
Kek ni kalau tak silap saya berasal daripada Jepun. Banyak video yang dikongsikan banyak resepi dari sana. Dan diolah kepada cara dan gunakan bahan yang mudah kita nak dapat.
Bestnya buat souffle cheesecake ni kan, hanya menggunakan 3 bahan je boleh hasilkan kek yang super fluffy, sedap dan menyelerakan. Kalau nak buat untuk makan sendiri boleh. Atau nak buat sebagai jualan pun adalah sangat mudah.
Resepi souffle cheesecake ni, saya kongsikan resepi mudah daripada Forence Jonathan. Untuk yang baru nak belajar buat kek ni, saya memang suggest untuk follow resepi ni. Confirm menjadi walaupun baru first time nak cuba buat.
Ada yang buat souffle cheesecake ni dan buatkan topping menarik di atasnya. Letakkan strawberry, makan dengan madu, chocolate syrup dan sebagainya. Memang tak cukup 1 slice lah jawabnya.
RESEPI SOUFFLE CHEESECAKE
Kalau korang nak makan souffle cheesecake ni kan, dia sedap dimakan ketika masih suam. Jangan makan time sejuk, rasa dia akan kurang ‘sedap’ sikit berbanding suam atau panas. Biasa kalau saya, memang tak sempat sejuk. kejap je licin.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 biji telur ( asingkan kuning dan putih telur )
- 120 gram cream cheese
- 120 gram coklat putih
CARA PENYEDIAAN SOUFFLE CHEESECAKE :
▶ Mula-mula, pukul putih telur sampai kembang dan jadi meringue. Ketepikan sekejap.
▶ Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair, ketepikan juga.
▶ Seterusnya, masukkan cream cheese ke dalam coklat putih. Kacau dengan spatula sampai sebati.
▶ Kemudian masukkan kuning telur ke dalam acuan cheese dan coklat. Gaul lagi sampai sekata semua bahan.
▶ Bila bahan dah sebati, masukkan 1/3 meringue. Dengan kaedah kaup balik, pastikan sebati semuanya.
▶ Sediakan loyang, dan oles dengan marjerin. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170’c selama 20 minit. Kemudian, turunkan kepada suhu 160’c dan bakar lagi selama 40 minit.
▶ Bila kek dah masak, taburkan gula aicing untuk kelihatan lebih menyelerakan.
▶ Siap dan sedia untuk untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Nasi Beriani Gam Simple. Resepi Mudah Guna Rempah Mak Siti
Simple je kan nak buat souffle cheesecake ni? Semua orang pun boleh buat sampai jadi. Yang penting, kena lah rajin sikit untuk hasilkan rasa kek yang marvellous.
Pastian telur putih tu dipukul sampai menjadi meringue tu tau. Meringue ni maksudnya bertanduk. Atau bila kita terbalikkan mangkuk telur putih tu, dia tidak jatuh sama sekali. Barulah ianya dipanggil meringue.
Saya harap, kepada siapa yang mencari resepi souffle cheesecake ni, boleh follow resepi ni dapat sedikit manfaat daripada perkongsian ini. Saya ucapkan selamat mencuba buat semua!