Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cekodok Pisang Manis Buat Minum Petang Anda Sekeluarga. Kulit Rangup Dan Isinya Pula Lembut!

0 1,184

Resepi cekodok pisang manis sangat sangat mudah dibuat. Sesetengah orang memanggilnya sebagai jemput-jemput pisang. Ianya merupakan kuih tradisi yang sinonim terjual digerai țepi jalan diwaktu petang. Ramai yang membelinya.

Petang-petang dapat cekodok pisang manis dan teh o panas seronok juga kan? Cekodok pisang ini lebih sesuai menggunakan pisang masak seperti pisang abu, pisang berangan atau benyek cavendish.

Bahan yang digunakan dalam penyediaannya juga sangat mudah diperolehi, cuma perlu menggunakan 5 bahan sahaja anda dapat menghasilkan cekodok pisang manis yang mempunyai kulit rangup dan isi yang lembut.

Resepi cekodok pisang manis ini telah dikongsikan oleh Bazaar Chef Obie melalui laman facebooknya. Beliau menggunakan pisang benyek cavendish untuk menghasilkannya.

Jika anda menggunakan pisang abu ataupun pisang berangan, pastikan menggunakan pisang yang betul-betul masak atau yang dah lembut. Ditambah dengan baking powder untuk mendapatkan cekodok yang membulat bila dimasak nanti.

 

RESEPI CEKODOK PISANG MANIS

Apa kata petang-petang ni, kita buat cekodok pisang secara homemade. Makan panas-panas lagi seronok. Cekodok pisang ini berwarna gelap disebabkan penggunaan gula kerek atau gula Melaka didalam adunannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 1 cawan Pisang Masak atau Benyek Cavendish/ Abu/ berangan
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2- 1 sdt Baking Powder
  • 11/2 keping Manisan Kerek / Gula Melaka
  • 1/2 sdt Garam

CARA PENYEDIAAN CEKODOK PISANG MANIS :

▶️ Lenyekkan pisang terlebih dahulu. Sebatikan pisang dengan manisan kerek atau gula merah.

▶️ Masukkan tepung dan semua bahan yang lain.

▶️ Gaul mesra dan rehatkan sebentar 10-15 minit sebelum mula digoreng.

▶️ Panaskan minyak masak, goreng satu persatu adunan menggunakan jari.

▶️ Bolak balikkan, angkat setelah terapung dan berwarna agak coklat keperangan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Madu Bijan Yang Mudah Dan Sedap. Macam Ayam Panggang Hasilnya!

 

Siap untuk dihidang! Selain menggunakan gula kerek atau gula Melaka, anda juga boleh membuat adunan cekodok menggunakan gula pasir. Tanpa penggunaan baking powder, cekodok mungkin tidak mengembang dan bulat.

Tak perlu menggunakan sudu untuk memasukkan adunan ke dalam kuali. Perlu dibentuk membulat menggunakan jari sahaja. Lebih cantik hasil bentuknya berbanding menggunakan sudu.

Lepas ni nak buat cekodok pisang manis lebih baik buat secara homemade. Lebih puas hati dan boleh dihidang panas-panas. Semoga resepi cekodok pisang manis ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open