Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Vadey Homemade. Cara Paling Mudah Hasilkan Rasa Awesome!
Dalam banyak-banyak masakan India, kuih Vadey ni adalah paling favourite. Nak-nak lagi dapat yang gemuk besar dan lembut. Rasa dia memang mengancam! Sejenis kuih yang diperbuat daripada kacang dhal.
Asal pergi kedai mamak, wajib beli tau kuih ni. Tapi kuih ni kalau perasa dah ramai makcik-makcih jual kuih tu jual kan. Memang kalau ada depan mata, confirm akan borong. Terutama waktu masih panas-panas. Fuuh!
Tengah lalu dekat facebook, terjumpa ada yang kongsikan cara nak buat kuih vadey ni. Sebelum ni ada yang bagitau nak bat kuih ni susah. Bukan macam kuih biasa. Terus lupakan Hasrat nak belajar tu.
Tapi bila tengok cara yang dikongsikan Cik Puan Haslinda Salleh ni, nampak mudah dan macam senang je nak follow. Tengok rupa pun sedap dan ada yang dah pernah buat, menjadi dan lembut!
Rasa tak sbaar nak buat kuih vadey ni. Bila dah tahu cara, bolehlah kerap buat dan makan puas-puas. Bila rasa nak makan je, ada bahan-bahannya boleh terus buat.
RESEPI KUIH VADEY
Bahan utama yang kita gunakan untuk buat kuih vadey ni adalah kacang dhal. Dan kacang dhal macam ni banyak dijual di pasaraya atau kedai runcit.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ½ kilo kacang dhal
- 1 biji bawang besar ( potong dadu)
- 3 tangkai cili kering ( potong halus)
- Cili padi ( ikut tahap kepedasan)
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- Daun kari ( racik )
- 1 inci halia ( racik Halus )
CARA PENYEDIAAN KUIH VADEY :
▶ Mula-mula sekali, rendam kacang dhal selama 2 jam.
▶ Kemudian, blend kasar dan tapis buang air. ( jangan perah ye)
▶ Gaulkan semua bahan sekali, dan masukkan sedikit garam.
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Geprek Dengan Sambal Padu. Blend Je Semua Terus Jadi!
▶ Seterusnya, panas minyak masak. letakkan adunan di atas tapak tangan yang dialas plastik.
▶ Masukkan dalam kuali dimana minyak betul-betul panas.
▶ Kecilkan api dan goreng sampai garing.
▶ Siap dan sedia untuk dimakan.
Kuih vadey ni sedap dimakan untuk makan pagi atau minum petang. Resepi dah ada, bila dah pandai buat sendiri ni, bolehlah makan banyak-banyak kan. Nak makan pun tak perlu nak berebut dah.
Untuk saiz kuih vadey ni terpulang kepada kita. Nak buat besar mana sama ada kecil atau besar dan gemuk. Follow je resepi ni, boleh dapat kuih vadey yang rangup di luar lembut di dalam.