Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ayam Geprek Dengan Sambal Padu. Blend Je Semua Terus Jadi!
Sesetengah orang memang suka makanan pedas setiap hari. Sambal wajib ada dalam setiap kali makan. Antara makanan yang ramai orang suka ayam penyet, ayam gaprek, 3 budak gemuk. Makanan berset dan sedia ada sambalnya.
Kadang-kadang tu, sambal tak cukup dan buat sendiri sebagai tambahan. Ada yang makan sambal cicah sahaja, ada yang makan kaut macam makan tempoyak, ada yang jenis suka gaulkan dengan nasi terus. Haha
Kadang-kadang nak beli tu memang rasa berbaloi, boleh ringankan sikit rasa nak kena masak dan sebagainya. Tapi kalau dah suka sangat, satu family berebut nak makan, ada baiknya buat sendiri belaajr dan hidangkan kepada semua.
Nak cara yang mudah tapi sedap, boleh cuba follow cara Cik Puan Fyza Shah ni. Saya suka betul tengok profile beliau sebab rajin sharekan pelbagai resepi best untuk kita cuba.
Semoga segala ilmu yan beliau kongsikan ni, ramai yang follow. Buat menjadi je, anak-anak dan pasangan pun suka makan. Terbit rasa bahagia. Tak ke dapat pahala macam tu? Hehe
RESEPI AYAM GEPREK PEDAS
Nak buat Nasi ayam geprek ni, apa yang perlu disediakan adalah ayamnya dan sambal yang paling penting. Silap masak ayam, kurang pedas sambalnya, boleh buat hilang kick tau!
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ayam
- Tepung Gandum
- Tepung Jagung
- Serbuk kunyit
- Limau Nipis
CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG NYA :
▶ Mula-mula basuh bersih ayam. Potong ikut kesesuaian dulu. Perahkan jus limau nipis sikit. Perapkan sekejap untuk bagi jus tu serap ke dalam isi ayam.
▶ Bancuhkan tepung gandum dengan tepung jagung. Bancuh jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Nisbah 1 tepung gandum : 1 tepung jagung, Adjust ikut banyak mana ayam kita. Tambahkan sedikit air dan larutkan.
▶ Ayam tadi salurkan dengan tepung kita tadi. biar ngam-ngam jangan ada lebihan. Kemudian, taburkan sedikit kunyit serbuk dan sedikti garam. Gaul sebati.
▶ Panaskan minyak, dah goreng dalam api yang betul-betul panas. Jangan gunakan api terlalu besar sebab risau tak masak di bahagian dalam.
▶ Dah garing, angkat dan ketepikan.
Ayam dah siap, wajib buat sambalnya pulak. NAk buat sambal ni terpulang kepada kita nak pedas mana. Lagi pedas lagi sedap tapi jangan banyak ye, risau buasir nanti.
RESEPI SAMBAL AYAM GEPREK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 biji bawang merah
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji cili masak merah
- 10 biji cili padi merah
- Jus limau nipis
CARA PENYEDIAAN SAMBAL AYAM GEPREK :
▶ Potong semua bahan sambal kecuali limau, goreng sekejap dengan sedikit minyak.
▶ Goreng tu tak perlu lama sangat. Cukup sekadar layu di peringkat permulaan sahaja.
▶ Keluarkan dan tumbuk menggunakan lesung batu. Jika ada food processor pun boleh digunakan. Kalau tiada kedua-duanya kisarkan aje dengan sedikit minyak tadi.
▶ Dah cantik tesktur sambal tu, masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan dalam 2-3 sudu minyak masak lebihan goreng ayam tadi.
▶ Perasakan dengan garam dan gula. Perahkan juga sedikit limau nipis. Gaul rata dan siap.
▶ Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Nona Manis Pandan. Guna Acuan Lompang Je Pun Boleh!
Fuuh! Punyalah senang nak buat ayam geprek ni. Dan mana lengkap hidangan ayam geprek kalau taka da nasi putih panas, tempe goreng, kacang Panjang dan juga kobis.
Hidangkan macam dekat kedai untuk seluruh family kita. Sekali suapan je dah boleh terus cakap sedap tau. Berbunga-bunga kita kat situ.
Okay lah, semoga perkongsian nak buat ayam gaprek dengan sambalnya ni memberi manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba!