Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kerepek Gunting Simple, Sedap Dan Rangup. Ngunyah Sampai Habis Berbalang!
Nah! Siapa suka makan kerepek gunting? Kita memang geng. Kerepek ni makan sebalang pun tak sedar habis ye. Baik buat sendiri kat rumah. Follow je resepi kerepek gunting yang simple ni kat sini. Boleh makan dengan family time layan movie nanti.
Bahan-bahan pun memang yang dah ada di dapur dan modal untuk membuatnya pun tak besar. Jimat belanja dapur kita.Kalau nak letak ikan bilis ke udang kering ke terpulang selera dan duit poket masing-masing ye. Kerepek gunting yang simple macam resepi ni pun dah sedap dan rangup!
Setiap kali beli kerepek untuk stock ngunyah-ngunyah kat rumah, mesti aku beli kerepek gunting ni. Pernah la buat dulu dengan adik aku. Tapi dah lupa sangat. Kali ni terpaksa la aku cari resepi dia balik. Terjumpa pulak resepi kerepek gunting yang simple ni. Terus aku save siap-siap.
Resepi kerepek gunting yang simple ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fatin Damia. Hujung-hujung minggu buat kerepek ni syok jugak. Boleh buat ngunyah-ngunyah time borong nanti. Tak sedar habis sebalang tau makan kerepek gunting ni.
Kerepek gunting versi ni sesuai untuk korang yang tak boleh makan ikan bilis atau udang kering. Especially korang yang ada masalah resdung. Mesti asyik bersin je bila makan kerepek gunting yang ada udang atau ikan bilis ni kan. Spoil mood nak makan nanti.
RESEPI KEREPEK GUNTING SIMPLE
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kerepek gunting simple ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gm tepung gandum
- 3 senduk sayur minyak panas
- 2 sudu serbuk kari ikan
- 2 sudu serbuk cili (boleh gantikan dengan cili kering yang dimesin dengan bawang merah dan bawang putih jika suka)
- Secubit garam
- Air sejuk ais secukup nya (untuk menguli doh sampai doh tak lekat di jari dan menjadikan kerepek bertambah rangup)
- Daun kari sesuai selera

CARA PENYEDIAAN KEREPEK GUNTING SIMPLE :
▶️ Campurkan tepung, garam, serbuk kari, serbuk cili dan tuang minyak panas ke dalamnya. Gaul sebati.
▶️ Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli doh sampai tak melekat di jari. Masukkan juga daun kari yang dihiris nipis-nipis ke dalam adunan.
▶️ Rehatkan doh 10 minit dan selepas itu canaikan doh nipis-nipis dan potong memanjang dan lebarnya sesuai selera.
▶️ Goreng dalam api kecil sederhana sampai masak. Boleh masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan lagi bau wangi kerepek gunting kita.
BACA JUGA : Resepi Kuih Apam Bakar Guna Tapai Ubi. Gebus, Ringan, Lembut Dan Sedap Sangat!
Dah siap pun kerepek gunting kita. Tips untuk dapatkan kerepek yang cantik dan tidak menggerutu, gunakan api kecil sederhana dan sentiasa kaup balikkan kerepek semasa menggoreng. Tengok kejadiannya sendiri. Memang elok je jadinya.
Hujung minggu ni boleh la buat stock kerepek gunting ni banyak-banyak. Bila dah siap goreng nanti, kena sejukkan dulu. Baru masuk dalam bekas kedap udara. Takde la rosak masuk angin nanti. Kerepek gunting ni mudah je nak buat ye. Rugi tak cuba!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fatin Damia kerana sudi berkongsi resepi kerepek gunting yang simple, rangup dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!