Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Keropok Jejari 3 Dalam 1. Sekali Bancuhan Banyak Boleh Dapat. Mudah Nak Buat Untuk Kudapan Keluarga
Waktu petang-petang tengok tv tu kan best kalau dapat sambal mengunyah kerepek ke, keropok ke. Kalau dekat rumah ni, memang wajib ada terutama sebagai peneman anak – anak buat kerja sekolah.
Kalau tidak, alamatnya sekejap menguap, sekejap tertunduk atas meja. Bila ada kerepek ni, hilang lah sikit rasa mengantuk tu.
Maka, jadilah kudapan kerepek jejari perisa original, sira cili dan sira gula. Sekejap je nak buat dia, jom saya kongsikan caranya. Resepi dari Cik Puan Mashitah Shaari ni memang mudah kita nak follow. Jom!
RESEPI KEREPEK JARI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg tepung gandum
- 1 cawan minyak*
- 3 sudu besar planta*
- 1 sudu kecil garam halus
- Air sejuk dlm peti ais
CARA PENYEDIAAN KEREPEK JEJARI :
▶ Masak bahan yang bertanda (*). Masak sehingga bahan larut.
▶ Dalam bekas lain masukan tepung n garam halus. Gaul sebati. Kemudian, masukan bahan yang telah dimasak tadi.. Masukkan je panas-panas tu tau.. Gaul dengan senduk kayu.. Masuk air sikit demi sikit..
▶ Uli hingga menjadi doh yang berkilat (doh nampak berminyak). Pastikan doh tidak melekat pada tangan.
▶ Untuk doh nampak berminyak ni perap dalam 1 jam.
▶ Seterusnya, buat doh kecik-kecik. Guna mesin mee, putarkan doh kecil-kecil tadi. Guna acuan panjang-panjang. Potong ikut kesesuaian.
▶ Siap boleh goreng, minyak kena betul-betul panas.. Api jangan besar takut nanti hangit.
Bila dah siap, saya buat sedikit sira cabai. Jadi resepi sira cabai ni, bukanlah untuk 1 kilogram tepung. Sebab saya bahagikan hasil 1kilo tepung kepada tiga bahagian. (original, sira cili dan sira gula)
SIRA CABAI
- 2 cawan cabai kering yang dah diblender
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Gula (ikot tahap manis kita nak)
- Garam
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN SIRA CABAI/ SIRA CILI :
▶ Panaskan minyak. Tumis bawang yang telah ditumbuk/ kisar.
▶ Tumis sehingga naik bau wangi atau bertukar kekuningan.
▶ Kemudian, masukkan cili kering yang dikisar tadi. Masak sehingga garing dan pecah minyak..
▶ Tambah garam, gula dan bahan penyedap rasa.. (yg ni ikot selera kita) Pastikan api kena kecil.
▶ Masak sehingga cili kita betul-betul masak dan nampk gelap-gelap sikit.
▶ Kalau minyak banyak.. Pedap minyak dengan tisu. Matikan api. Masukan kerepek jari tadi.. (jangan masuk semua sekali gus, masukkan sikit – sikit.)
# Kalau salah buat.. Kerepek boleh jadi lemau..#.
# kalau rasa was2 ..lepas sira cabai boleh masuk dalam oven dalam 10-15 minit. #
Sira cili dah siap, jom kita buat sira gula pulak. Kerepek yang dah siap tadi, boleh masukkan dalam balang terus ye untuk elakkan masuk angin. Jika lemau tak sedap dimakan.
BACA JUGA: Koleksi Resepi Apam Yang Sedap Dan Gebu. Mudah Jer Guna Sukatan Cawan!
SIRA GULA
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat sira gula :
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN SIRA GULA :
▶ Mula-mula panaskan kuali dan masukkan gula dan air
▶ Masak sehingga semua bahan sehingga berbuih likat
▶ Kecilkan api. Masukkan kerepek jejari yang dah siap. Kacau bagi rata dan kering.
▶ Bila dah rata, boleh lah padam api.
▶ Bila dah sejuk sikit, boleh lah isikan dalam balang. Jangan risau, nanti gulanya akan cepat membeku.
Mudah kan nak buat keropok jejari ni? Senang juga bila ada yang kongsikan begini. Buat satu bancuhan tapi boleh dapat tiga perasa. Anak-anak pun masing-masing ada perasa yang mereka gemarkan.
Kita yang belum cuba, boleh follow resepi yang saya kongsikan ni. InsyaAllah bila dah siap sedap je makan, ralit sampai tak sedap dah luak dari balang kita.
Selamat mencuba kawan-kawan!