Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Lidah Lembu Masak Hijau Bangladesh Dan Salad Tairu. Nak Guna Selain Lidah Lembu Pun Boleh!
Ada resepi menarik hari ini untuk mereka penggemar lidah lembu. Resepi korea dah beri, resepi jawa Indonesia pun dah share. Kali ni jom pergi Bangladesh pula. Kita cuba resepi lidah lembu masak hijau Bangladesh dan salad tairu.
Kalau tak makan lidah lembuh, still boleh cuba resepi ni. Tapi, kita tukar dari lidah lembu kepada daging, tulang, kambing ataupun ayam kampung. Bahan-bahan memasak yang lain tetap sama.
Tak semua orang makan lidah lembu ni. Yang suka je boleh makan. Masak hijau Bangladesh ni ala-ala masak rempah kari. Tapi, resepinya berasal dari Bangladesh. Masakan mamak pun kita boleh makan. Ni kan pula resepi bangladesh
Cubalah dulu. Manalah tahu terjatuh cinta. Resepi lidah lembu masak hujau bangladesh ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Fieya Jemah. Beliau juga sertakan menu tambahan iaitu salad tairu.
Masak hijau bangladesh biasanya akan dilawankan dengan salad tairu. Dimakan dengan nasi putih panas-panas sedap sangat. Tapi, kalau nak makan dengan roti pun boleh je. Tak salah cuba resepi negara lain kan.
RESEPI LIDAH LEMBU MASAK HIJAU BANGLADESH DAN SALAD TAIRU
Menurut beliau, resepi ini telah beliau pelajari dari seorang sahabatnya yang berasal dari Bangladesh. Sebelum mula memasak, pastikan lidah lembu direbus dahulu, kemudian kikis kulit luarnya dan hiris nipis-nipis. Jom follow resepinya disini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk lembu masak hijau bangladesh :
- Lidah lembu (direbus, dikikis kulit luarnya dan dihiris napis-nipis)
Bahan-bahan lain :
- Halia
- 5 biji Bawang (bawang kena banyak)
- Selabu Bawang putih
- 1 1/2 sudu Kunyit
- 4 biji Bunya cengkih
- 1/2 sudu Biji pelaga
- 3 sudu Jintan manis (lagi banyak lagi sedap)
- 2 batang Kulit kayu manis
- 7 kuntum Bunga lawang
- 14 biji Cili (dibelah dua)
- 6 tangkai Cili kering (digunting-gunting)
*Tumbuk jintan manis, halia dan bawang putih.
Bahan untuk salad tairu :
- Toru/ pure yogurt
- 4 biji bawang merah (dihiris)
- 10 biji cili hijau (dipotong atau dihiris)
- Daun sup (dihiris)
- Timun (dibuang biji dan dihiris kasar)
- Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN LEMBU MASAK HIJAU BANGLADESH DAN SALAD TAIRU :
Cara penyediaan salad tairu :
▶️ Satukan semua bahan untuk buat salad tairu dan perasakan dengan garam. Kalau takde toru boleh guna pure yogurt. Siap salad tairu!
Cara penyediaan lembu masak hijau Bangladesh :
▶️ Masuk dalam kuali. Jangan pasang api lagi. Campak semua rempah dan lidah yang dah direbus tadi. Gaul rata.
▶️ Masuk serbuk kunyit.
▶️ Masukkan juga 1 cawan minyak. Jangan bukak api lagi tau. Gaul dulu semua sampai sebati.
▶️ Dah jadi macam ni, baru buka api dengan medium heat.
▶️ Kemudian, boleh tambah air. Masukkan air untuk tujuan melembutkan lidah. Lebih kurang 2 jam juga nak bagi lidah ni betul-betul lembut.
▶️ Masa mereneh tu tambah air sedikit demi sedikit. Bagi lagi empuk lidah lembu tu.
▶️ Siap lidah masak hijau Bangladesh dan salad tairu!
BACA JUGA: Kek Apam Coklat Yang Pasti Sedap. Gebu, Lembut Dan Paling Penting Takde Bau Hanyir Telur!
Dah siap semua hidangan! Untuk salad tairu pula, kalau takde toru guna pure yogurt pun takpe. Sama je. Nampak menyelerakan hidangan ni. Ala-ala rendang hijau pula hasilnya.
Rupanya mudah je nak masak hijau bangladesh ni. Cuma mengambil masa yang lebih untuk melembutkan lidah. Tak boleh masukkan air sekali gus, masukkan sedikit demi sedikit sampailah lidah tu betul-betul empuk.
Yang makan lidah lembu, wajib cuba resepi ni. Memang sedap! Yang tak makan, boleh guna kambing, tulang ataupun ayam kampung. Semoga resepi lidah lembu masak hijau bangladesh dan salad tairu ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!