Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Bilis Tempoyak Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Ulam Lagi Sedap!
Menu tengahari ni sambal bilis petai campur tempoyak & ulam tempoyak sambal. Mesti sedap kan. Follow je resepi sambal bilis tempoyak ni kat sini. Boleh jadi penambah selera time nak makan nanti. Confirm bertambah-tambah nasi nanti.
Korang yang suka makan tempoyak wajib cuba resepi ni. Tak susah mana pun nak buatnya. Janji korang dah ada tempoyak. Boleh buat tempoyak sendiri ataupun beli. Sambal tempoyak ni kalau guna cili yang banyak lagi sedap. Lagi pedas, lagi mantap.
Makcik aku memang tak makan durian ye. Tapi ntah kenapa dan bagaimana dia boleh tersuka makan tempoyak. Adakah benda macam ni normal atau tak normal untuk orang yang tak makan durian? Katanya tempoyak lagi sedap. Seriously, aku tak faham.
Berbalik kepada resepi sambal bilis tempoyak ni. Resepi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan SuiSan Aliezsha. Wajib buat banyak-banyak sambal ni. Boleh simpan dalam peti. Time nak makan nanti cedok la masuk dalam pinggan.
Selain di makan dengan ulam. Sambal bilis tempoyak ni sedap jugak di makan dengan ikan goreng. Hidangan kampung yang sangat menyelerakan. Korang yang tengah tak lalu nak makan pun boleh tergoda makan sambal bilis tempoyak ni. Bertambah nasi la dibuatnya.
RESEPI SAMBAL BILIS TEMPOYAK
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sambal bilis tempoyak yang sedap ni. Step by step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan bilis (cuci goreng garing kemudian ketepikan)
- Cili api
- Bawang kecik (ditumbuk)
- Bawang putih (ditumbuk)
- Petai (dihiris)
- Bawang besar (dihiris)
- 2@3 sudu besar tempoyak (ikot korang banyak mana)
- Asam keping
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS TEMPOYAK :
▶️ Untuk sambal tempoyak tu, cili api garam ditumbuk.
▶️ Kemudian, gaulkan dan boleh dimakan begitu je.
▶️ Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
▶️ Masukkan sos tiram dan asam keping. Kemudian, kacau.
▶️ Masukkan petai, bawang besar goreng dalam beberapa minit.
▶️ Kemudian, masukkan tempoyak dan kacau lagi.
▶️ Sebatikan pastikan garam secukup rasa. Last masukkan ikan bilis dan siap!
BACA JUGA : Resepi Kerepek Gunting Simple, Sedap Dan Rangup. Ngunyah Sampai Habis Berbalang!
Siapa kat sini tanpa sambal korang tak boleh makan? Mesti hilang mood nak makan kan. Dulu aku pun tak reti sangat makan pedas. Sejak ada kawan orang nogori yang suka makan panas, aku pun belajar la makan pedas.
Sekarang takde pedas memang tak syok nak makan ye. Pedas cili ni la yang menarik mood nak makan. Dapat pulak sambal bilis yang dicampur dengan tempoyak. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi sambal bilis tempoyak yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!