Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Tepung Bungkus Resepi Kampung. Senang Nak Buat Rasa Pun Sedap!

Tepung bungkus warisan turun temurun
0 2,086

Sedapnya dapat makan tepung bungkus ni. Kalau tinggal dekat kampung, selalu sangat opah, nenek buat untuk makan pagi atau minum petang. Buat sendiri je sebab senang semua bahan nak dapat.

Daun pisang belakang rumah, kelapa nak parut pun ambik dari pokok sendiri semuanya ada di kampung. Tapi di bandar atau sejak berpindah stay di pekan, susah nak dapat yang semuanya sendiri. Tapi, beli je bahan-bahan kalau nak buat homemade tau.

Memang ada yang jual pagi-pagi tu dah siap tinggal nak makan je. Tapi feel dapat buat sendiri tu lagi seronok tau. Nak-nak lagi buat ramai-ramai dengan ahli keluarga. Sambil buat pun boleh makan. Hehe.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Wan Raudzah Wan Ismail ni memang best sebab simple je cara nak buat dia. Step by step yang dikongsikan pun mudah je nak faham. Jom saya kongsikan caranya.

 

RESEPI TEPUNG BUNGKUS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 ½ cawan santan cair
  • Sedikit garam
  • 10 keping daun pisang
  • Inti kelapa

CARA PENYEDIAAN TEPUNG BUNGKUS :

▶ Mula-mula sekali, bancuh tepung beras dengan santan cair.

▶ Bancuh tu atas api tau. BUkak api sederhana sahaja.

▶ Kemudian, masukkan garam dan kacau sebati.

▶ Kacau sampailah separuh masak. Terus tutup api dan teruskan kacau gunakan whisk tangan.

▶ Ambik daun pisang dan letakkan dua sudu bancuhan tepung tersebut.

▶ Kemudian, letakkan inti kelapa di tengah bahan.

▶ Letakkan lagi sedikit tepung menutupi inti  kelapa tu. Kemaskan dan balut elok dan rapi.

▶ Panaskan periuk kukus dan kukus selama 20 minit.

▶ Siap dah sedia untuk dihidangkan.

BACA JUGA: Hidangan Lengkap Chicken Chop Homemade Ni Memang Awesome. Resepi Mudah Simple Rasa Tak Pernah Mengecewakan!

Mudah je kan. Bahan yang digunakan pun tidaklah susah mana. Paling best sekali, inti kelapa tu sangat sennag nak buat dan boleh digunakan untuk pelbagai kuih lagi seperti ketayap, koci, bom bijan dan sebagainya.

Dah jimat masa, jimat juga tenaga sebab nak buat kuih-kuih ni senang je. Boleh turunkan ilmu cara buat tepung bungkus ni kepada anak-anak dara kita. Atau boleh juga sharekan ke wall facebook masing-masing ya. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Nanti boleh cuba buat dan hidangkan kepada sesisi keluarga. Confirm mereka akan suka. Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open