Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Wool Bread Atau Roti Manis Yang Boleh Dipelbagaikan. Sesuai Untuk Menu Breakfast Anak-Anak!
Resepi wool bread atau wool roll bread menjadi viral kebelakangan ini dikalangan suri rumah yang sangat gemar dengan baking. Wool bread juga merupakan roti manis yang boleh dipelbagaikan bentuk dan intinya.
Doh wool bread ini juga akan dibentuk seakan gulungan benang, dimasukkan ke dalam loyang dan dibiarkan mengembang sebelum dibakar. Sebelum digulung, anda boleh masukkan apa saja jenis inti didalamnya seperti kacang tanah, kastard dan lain-lain.
Boleh juga dihidang kosong. Rasanya sudah cukup manis. Sesuai dicicah dalam air panas dan dimakan waktu pagi dan petang. Doh wool bread ini juga boleh dibuat seakan pau atau dileperkan. Bila dileperkan doh boleh diletakkan sosej dan dibakar.
Ala-ala roti bakery hasilnya. Anak-anak juga pasti suka dengan roti manis sosej ini. Dah siap, bolehlah di picitkan sos, mayonis dan juga thousand island. Ada juga peniaga kecil yang menjual roti-roti ini secara COD.
Dengan mengikuti perkongsian dari Cik Puan Suhasnida Ismail, anda mampu menghasilkan resepi wool bread secara homemade. Gebu dan lembut je hasilnya. Anak-anak confirm suka.
RESEPI WOOL BREAD ATAU ROTI MANIS
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Dapatlah dijadikan rujukan pada mereka penggemar roti manis. Semua peringkat umur sesuai makan roti ni. Jom cuba buat!
Bahan–bahan yang diperlukan adalah :
- 850gm tepung high protein
- 150gm tepung protein sedang
- 60gm susu tepung full cream
- 150gm gula
- 12gm garam
- 4 biji telur
- 150gm whipping cream
- 150gm susu cair
- 200gm ais batu
- 16gm yis
- 150gm marjerin
- 10gm bread improver (Optional)
*tepung paling sesuai adalah ‘artisan japanese Pansyokunin flour‘
Bahan Olesan :
- 1 biji kuning telur + 40gm susu cair
CARA PENYEDIAAN WOOL BREAD ATAU ROTI MANIS :
▶️ Masukkan semua bahan-bahan kering kecuali garam. Kemudian, uli sebati.
▶️ Masukkan bahan basah, garam serta marjerin. Mix sampai menjadi doh.
▶️ Uli sampai doh berkilat.
▶️ Timbang dan rehatkan doh sebelum di bentuk.
▶️ Bentukkan doh seperti dalam gambar ataupun ikut bentuk roti yang anda suka.
▶️ Masukkan ke dalam loyang yang dah di sapu marjerin atau shortening.
▶️ Sapu susu cair atau bahan olesan dibahagian atas. Tunggu kembang dan bakar dengan suhu 180C atau ikut oven masing-masing.
BACA JUGA: Cara Masak Spaghetti Aglio Olio Seafood Yang Simple Dan Sedap. Buat Sendiri Lagi Jimat!
Sangat mudah! Doh roti manis ini anda boleh dipelbagaikan rupa bentuknya ikut kreativiti masing-masing. Juga boleh diintikan dengan manisan dan juga sosej. Lebih jimat buat sendiri dirumah. Sambil mengasah skill baking.
Kepada semua ibu-ibu yang mana anak mereka sangat gemar dengan roti. Digalakkan mencuba resepi ini. Musim PKP ni lebih baik sediakan anak-anak makanan yang kita sediri buat dirumah. Terjamin bersih dan selamat.
Kalau ada yang nak guna resepi ni untuk berniaga pun boleh. Lebih baik guna tepung jenama ‘Artisan Japanese Pansyokunin Flour‘. Gebu hasilnya! Semoga resepi wool bread atau roti manis ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!