Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Apam Puri Inti Kastard Yang Lembut Dan Sedap. Anak-Anak Pun Mesti Suka!

0 203

Korang pernah tak makan kuih apam puri. Bentuk kuih ala-ala karipap tapi teksturnya lembut macam kuih ketayap. Kuih apam puri inti kastard ni hampir-hampir pupus di telan zaman. Anak-anak zaman sekarang ramai tau yang tak kenal kuih ni. Dan tak pernah sekali pun makan kuih ni.

Ingat lagi zaman sekolah dulu, aku pernah makan kuih ni. Memang favourite la. Tapi sekarang susah tau nak jumpa orang jual kuih apam puri ni. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal kat tempat aku memang laku keras kuih ni dulu. Cepat je habis terjual.

Memandangkan aku terjumpa resepi ni kat Facebook. Aku pun nak save dan try buat kat rumah. Boleh la bagi anak-anak buah aku makan bila balik rumah mak aku nanti. Kulit kuih ni macam kuih ketayap. Tapi yang ni lebih tebal sedikit.

Jom kita follow resepi apam puri dari Cik Puan Nooridah Harun ni. Mesti sedap kan. Warna apam ni korang boleh pelbagaikan ikut suka ye. Boleh guna warna hijau dari daun pandan. Boleh juga guna pewarna.

Actually, resepi inti apam puri ni ada kelainan sedikit. Cik Puan Nooridah Harun cuba nak samakan dengan rasa inti yang biasa kita makan dulu. Katanya hampir sama. Mesti teringat zaman kanak-kanak bila makan kuih ni kan.

RESEPI APAM PURI INTI KASTARD 

Nak buat kuih ni kena siapkan inti dulu baru buat kulit. Sebab nak biar inti ni sejuk dulu sebelum masukkan dalam apam. Bentuk kuih sebijik macam karipap kan. Guna je acuan kelim karipap tu nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
Bahan untuk inti : 
  • 1 cawan santan
  • 1cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan air
  • 3/4 gula (kalau nak manis bubuh lagi 1 cawan gula)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 3 sudu besar jagung tin
  • Sedikit perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning lemon/ kuning telur

Bahan untuk kulit :  
  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil double action/ baking powder
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning/ hijau

CARA PENYEDIAAN APAM PURI : 
Cara penyediaan inti : 

▶️ Campur semua bahan, masak atas api hingga berkilat.

▶️ Inti akan meletup-letup kecil.

▶️ Nampak macam lembik takpe nanti bila sejuk dia akan keras sendiri.

Cara penyediaan kulit :  

▶️ Campur semua bahan dan kacau-kacau.

▶️ Rehatkan 10/15 minit untuk dapatkan biji-biji halus dekat kulit.

▶️ Masa letak atas pen goyang-goyang sikit je. Tak payah buat macam ketayap nanti kulit jadi nipis susah nak kepit.

▶️ Guna acuan karipap, letak kulit apam dan masukkan inti.

▶️ Kelim dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Laksa Lemak Utara Versi Tumis. Confirm Makan Sampai Malam Ulang-Ulang!

 

Zaman sekarang, anak-anak lebih memilih makan makanan western berbanding dengan makanan Melayu. Sebab tu kuih-kuih zaman tok nek kita dulu semakin di lupakan. Rugi rasanya anak-anak tak try makan kuih ni.

Hujung minggu ni, kalau ada kelapangan boleh la mak-mak buat kuih apam puri ni kat rumah. Buat minum petang sekeluarga. Mesti anak-anak korang suka. Tak pasał setiap cuti anak-anak nak makan kuih ni pulak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nooridah Harun kerana sudi berkongsi resepi apam puri inti kastard ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open