Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucoq Balak Style Orang Utara. Makan Dengan Kuah Kacang Pekat Padu Amat Rasanya!
Pernah tak anda semua mencuba resepi cucur ala utara yang dipanggil sebagai cucoq balak? Rasanya ramai yang tak tahu resepi ni. Cucur ini dimasak dua kali yang mana masakan pertama dimasak ala kuih ketayap kemudiannya digoreng pula.
Bahan utama dalam resepi ini adalah daun kucai. Daun kucai akan dipotong pendek lebih kurang satu inci dan dicampur dengan bahan lain seperti tepung gandum, tepung ubi, marjerin dan beberapa bahan lain lagi.
Ianya diadun mencair terlebih dahulu untuk dimasak ala kuih ketayap. Siap digulung akan digoreng pula seperti cekodok. Cucoq balak ini dihidang bersama kuah kacang. Setelah digoreng bahagian tengahnya akan dipotong dan diisikan kuah kacang.
Ikuti resepinya melalui facebook Cik Puan Rosfazilah Abd Rahman. Tapi untuk resepi ni anda boleh google resepi kuah kacang yang anda suka. Rasanya dah ramai yang tahu macam mana nak buat kuah kacangkan.
Lebih mudah, sekarang pun dah ada orang jual kuah kacang instant. Kalau ada lebihan kuah satey yang dimakan malam, anda boleh masukkan dalam peti dulu. Esok pepagi boleh buat cucoq balak ni, dan gunakan kuah kacang satey semalam. Lebih jimat!
RESEPI CUCOQ BALAK
Orang belah utara mestilah kenal kuih ni kan. Nak hidang untuk minum petang anda bersama keluarg pun seronok. Kalau nak asingkan kuah kacang pun boleh. Tak perlu lubangkan bahagian tengahnya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Daun kucai
- 3 cwn tpg gandum
- 2 sdb tpg ubi
- 2 sdb marjerin
- 3 sdb minyak
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Pewarna kuning
- 3 cwn air masak
CARA PENYEDIAAN CUCOQ BALAK :
Cara penyediaan cucoq balak :
▶️ Bland semua bahan diatas kecuali daun kucai.
▶️ Kemudian, potong daun kucai dalam 1 inci dan dimasukkan ke dalam bahan kisar tadi. Gaul rata.
▶️ Ambil frying pan atau kuali kecil. Tuangkan adunan macam nak buat kuih ketayap.
▶️ Angkat dan gulungkan juga macam kuih ketayap.
▶️ Bila dah siap gulung bolehlah digoreng semula seperti goreng cekodok.
▶️ Biarkan sejuk seketika dan potong bahagian tengahnya. Sumbat kuah kacang didalamnya. Siap!
BACA JUGA: Resepi Ayam Berempah Kerutuk Yang Rangup Dan Padu. Sorang Seketul Serious Tak Cukup!
Siap untuk dihidang panas-panas! Sebelum terlupa pastikan adunan cucoq ni tak terlalu cair dan tak terlalu pekat ye. Ala-ala adunan kuih ketayap je. Yang dah bosan nak makan cucur udang, apa kata masak cucoq utara ni pula.
Kepada mereka yang tak pernah mencuba resepi ni pun dialu-alukan mencubanya. Lepas baca ni, pasti ada yang tertanya-tanya apa rasa sebenar cucoq balak ni. Tak pedas dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
Petang-petang hidang cucoq style utara ni dengan teh o panas seronok jugak kan. Lepas ni tak perlu pening-pening lagi nak buat cucur apa, jom kita cuba beramai-ramai resepi cucoq balak yang super sedap ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!