Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Coklat Karamel Yang Lembut & Moist. Sangat Sedap. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!
Peminat puding karamel kena try resepi kek coklat karamel ni. Sedap ye! Pernah makan sekali kat rumah member aku. Terus teringin makan sampai sekarang. Nak buat dia tu takde masa pulak. Kita tengok resepi dulu la.
Sambil menulis, sambil aku teringat setiap suapan kek coklat karamel yang masuk kat mulut aku hari tu. Perfect semua rasanya. Texture coklat sangat moist dan lembut. Makan sejuk-sejuk lagi terasa nikmat.
Nak buat kek coklat karamel ni boleh buat terus dalam dulang. Tapi nak masuk dalam cup puding tu pun boleh. Senang sikit nak bagi tetamu makan. Kek coklat karamel ni sesuai buat hidangan majlis kat rumah ye.
Memandangkan aku dah suka sangat dengan kek ni. Aku terus cari resepi yang mudah nak buat. Finally aku jumpa resepi yang Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah share. Ramai tau yang suka resepi ni.
Memandangkan birthday Mak aku dah dekat dan mak aku penggemar puding karamel. Aku plan aku nak buat sendiri la kak coklat karamel ni. Baru puas hati. Mesti mak aku suka nanti kan.
RESEPI KEK COKLAT KARAMEL
Dah bosan rasa beli kek birthday kat luar. Buat sendiri yang macam ni pun dah best sangat. Mesti lagi rasa dihargai. Dah tak nak cakap banyak. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk karamel :
- 2 sudu besar gula pasir
Bahan-bahan untuk puding :
- 4 biji telur gred A atau B
- 1 tin (390 gm) susu cair
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan-bahan untuk kek :
- 1/2 cawan serbuk koko*
- 1/2 cawan gula pasir*
- 1/2 cawan susu cair*
- 1/2 cawan susu pekat*
- 1/2 cawan minyak masak*
#Bahan-bahan bertanda * di masak atas api hingga gula larut & berkilat
- 3 biji telur gred A atau B
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan tepung gandum*
- 1/2 sudu teh serbuk penaik*
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
#Bahan-bahan bertanda * di ayak bersama
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT KARAMEL :
Cara penyediaan karamel :
▶️ Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm).
▶️ Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.
Cara penyedian puding :
▶️ Satukan semua bahan-bahan iaitu telur, susu cair, susu pekat & esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati.
▶️ Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau tu perkara biasa.
▶️ Kukus puding di dalam pengukus yang telah di didihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana.
▶️ Bila cucuk dengan lidi tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat & biarkan 10 minit.
Cara penyediaan kek :
▶️ Satukan semua bahan-bahan bertanda * iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat & minyak. Kacau sebati dulu, kemudian masak di atas api kecil hingga gula larut & adunan berkilat. Angkat & biarkan suam seketika.
▶️ Pukul telur & esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah di masak tadi. Kacau sebati.
▶️ Ayak tepung, serbuk penaik & soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk. Sapu tepi loyang dengan marjerin.
▶️ Kemudia, tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding.
▶️ Kukus di dalam pengukus yang telah di didihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.
▶️ Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek & terbalikkan perlahan-lahan.
▶️ Potong & hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.
BACA JUGA : Resepi Cucur Udang Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Confirm Sedap!
Wahhh! Dah siap pun. Cantik kan kek ni. Dah potong pun terbentuk elok je. Kek coklat nampak padat dan moist. Rasa puding yang dilawankan dengan kek coklat ni memang sedap. Tak cuba tak tahu ye!
Korang kena save siap-siap resepi ni. Rugi tau tak cuba. Sekali makan kek coklat karamel ni pasti korang nak lagi. Tak muak bila makan banyak. Kalau dah bosan makan puding, try la gabung kek coklat macam ni pulak.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah kerana sudi berkongsi resepi kek coklat karamel ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!