Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Goreng Cina Ala Kedai Makan. Simple Dan Sedap, Anak-Anak Pun Suka!
Nasi semalam tak habis lagi. Boleh la buat masak nasi goreng pagi ni. Kebetulan ada udang fresh, terus aku cuba resepi nasi goreng cina ala kedai makan ni. Simple je dan tak pedas. Anak-anak bukan main suka lagi makan nasi ni. Bertambah-tambah dibuatnya.
Menu pepagi untuk breakfast tak boleh pedas-pedas sangat. Kang sakit perut pulak nanti. Makan nasi goreng biasa atau nasi goreng cina macam ni je. Kenyang pun kenyang. Yang penting, nasi tak bazir terbiar sampai basi.
Nasi goreng cina ni sesuai jugak buat menu makan malam. Dari makan kat luar baik buat sendiri kat rumah. Resepi ni sebijik macam rasa nasi goreng kat kedai makan ye. Yang suka pedas boleh la letak sikit cili dalam ni. Hiris-hiris je cili and masuk masa nak goreng nasi nanti.
Resepi nasi goreng cina yang simple dan sedap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Har Ryea. Masa sendiri lagi puas hati dari beli kat kedai. Nak tambah nasi banyak kali pun tak segan. Betul tak?
Nasi goreng cina ni tak guna bawang merah pun. Hanya perlukan bawang putih sahaja. Nak dapatkan aroma masakan Ala cina, jangan lupa letak minyak bijan. 2 bahan ni antara bahan yang digunakan dalam masakan cina ye.
RESEPI NASI GORENG CINA
Tak nak buang masa lagi. Yang tak pernah try masak nasi goreng cina kat rumah, boleh follow resepinya di sini. Bahan-bahan dan step memasak seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Nasi
- 5 ulas besar bawang putih (Di ketuk dengan anak lesung. Kemudian, cincang halus)
- 2 @ 3 sdb serbuk Maggi cukup rasa
- 1 @ 2 sdb minyak bijan
- Udang
- 4 @ 5 biji telur
- 1 mangkuk sayur campur
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG CINA :
▶️ Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan sedikit garing.
▶️ Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
▶️ Ketepikan udang, masukkan telur.
▶️ Kecikkan api sikit untuk telur masak elok. Kemudian, pecah-pecahkan telur tu.
▶️ Masukkan nasi & sayur campur. Gaul rata.
▶️ Kemudian, taburkan Maggi cukup rasa dan kacau sekejap.
▶️ Masukkan minyak bjian & kacau lagi.
▶️ Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa @ minyak bijan. Ikut citarasa masing-masing.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Ubi Kayu Tonyoh Yang Mudah Dan Sedap. Tengok Pun Dah Terliur Nak Makan!
Bahan-bahan masakan brgantung pada berapa banyak nasi kite. Kalau banyak nasi, korang kena jugak tambah bahan-bahan memasak yang lain. Tak cantik kejadian nasi goreng kita bila bahan kurang. Sedap dia pun kelaut.
Hari-hari fikir nak masak apa kan. Kadang sampai dah buntuh idea. Nasi goreng ni masakan orang yang dah penat nak duduk dapur. Masak sekali je sayur udang dalam nasi. Lagi senang! Makan pun confirm bertambah-tambah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepadaCik Puan Har Ryea kerana sudi berkongsi resepi nasi goreng cina ala kedai makan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!