Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Tertarik Dengan Apam Lenggang Resepi Warisan. Buat Sendiri Lenggang Guna Kuali!

0 5,945

Ada yang suka makan apam lenggang? Unik kan namanya tapi bila tengok pada caranya memang kena melenggang nak hasilkan apam ni. Wah! Dengar macam menarik kan.

Kuih apam lenggang ni memang kuih zaman dulu-dulu, zaman kita budak-budak sahaja lagi. Tapi bila dah dewasa jarang pula nampak kuih ini di buat. Melainkan yang masih tinggal di kampung. Terutama mak dan nenek kita lah kan.

Sebab tu bila nak balik kampung, akan senaraikan siap-siap makanan yang kita nak cari, nak beli dan nak minta mak atau nenek buatkan. Termasuklah juga apam lenggang ni.

Terima kasih kepada Cik Puan Siti Hadirah kerana sudi kongsikan dengan kita semua resepi apam lenggang ni. Jadi bile dah tahu nak buat macam mana, tak perlu tunggu balik kampung pun kita dah boleh buat di dapur kita.

Ada yang suka makan apam lenggang ni dengan kelapa, tapi ia lebih sedap dimakan cicah dengan kari ayam seperti roti jalan, sambal ikan bilis atau pun gulai masak lemak cili padi. Memang padu!

 

RESEPI APAM LENGGANG KAMPUNG STYLE

Nak buat apam lenggang ni kena ada kuali yang betul baru senang nak melenggang adunan supaya sekata. Tapi kalau tidak ada, ikut je cara buat ni, lenggangkan dalam kuali sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 7 sudu besar gula
  • 1 ½ sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan pekat

CARA PENYEDIAAN APAM LENGGANG :

▶ Kisar semua bahan kecuali santan. Kisar sampai halus dan sekata tau.

▶ Tapis dan tuangkan dalam bekas lain yang bertutup.

▶ Kemudian, perapkan selama 2 hingga 3 jam.

▶ Dah cukup masa, masukkan santan. Kacau sehingga rata.

▶ Seterusnya, sediakan kuali, sapukan dengan minyak. Tuang adunan dan lenggangkan kuali.

▶ Tutup sbentar dengan penutup periuk lebih kurang dalam 2- 3minit.

▶ Biarkan adunan masak dan bertukar keperangan, bolehlah angkat.

▶ Gulung ikut citarasa sendiri

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan sebagai makan pagi atau minum petang!

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Bawang Versi Negeri Sembilan. Makan Dengan Pulut Kuning Dan Nasi Lemak Memang Marvellous!

Kadang-kadang kita lebih suka buat 1 kerja untuk makan sampai malam. Masak kari ayam tu, potong ayam kecil-kecil dengan kentang. Bila petang boleh buat roti jala atau apam lenggang ni.

Atau waktu pagi makan nasi lemak jadi buat sambal bilis extra, petang nanti boleh buat apam lenggang atau pulut makan dengan sambal ikan bilis ni. Kan dapat jimat masa.

Kalau korang memang tak pernah jumpa dan tak pernah cuba pun apam lenggang ni, korang memang wajib cuba sekali dua. Confirm korang akan suka. Untuk yang nak try buat tu, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open