Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ubi Kayu Tonyoh Yang Mudah Dan Sedap. Tengok Pun Dah Terliur Nak Makan!

0 168

Orang kata ni makanan musim banjir. Betul ke? Haaa, sekarang pun dah masuk musim banjir. Boleh la belajar resepi ubi kayu tonyoh ni. Makan ubi kayu ni dengan kelapa parut letak gula memang sedap ye. 

Rasanya menu ni merupakan menu yang popular di Pantai Timur. Kena sagat ubi dan kukus. Sesuai sangat buat minum petang. Kuih ni rasa lemak manis ye. Makan dengan kelapa parut fresh lagi sedap. 

Ubi kayu tonyok zaman sekarang dah modern. Siap ada warna lagi. Ubi ni jugak boleh di jadikan menu breakfast ye. Boleh makan dengan ikan kering yang kecik-kecik tu. Confirm sedap dah bertambah lagi. 

Resepi ubi kayu tonyoh ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mizah Ngatiman. Ramai tau yang share resepi ni kat Facebook. Mesti orang-orang yang dah lama duduk merantau.

Nama pun ubi kayu tonyoh. Kena la tonyoh kelapa parut masa nak makan nanti. Perasakan dengan gula dan garam. Baru rasa nikmat sebenar makan ubi kayu tonyoh ni. Confirm bertambah-tambah dibuatnya!

 

RESEPI UBI KAYU TONYOH 

Nak buat ubi kayu tonyoh ni guna apa bahan je erk? Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan ya g diperlukan. Step penyediaannya jugak seperti dibawah. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 3 batang ubi kayu saiz sederhana
  • 1 biji kelapa parut (bahagi dua untuk kukus dan untuk gaul)
  • Sedikit garam halus
  • 1 senduk rata gula pasir (suka manis lebihkan)

CARA PENYEDIAAN UBI KAYU TONYOH : 

▶️ Mula-mula buang kulit ubi kayu.

▶️ Kemudian, cuci bersih ubi dan kelapa parut putih.

▶️ Mula sagat ubi.

▶️ Ambil sedikit kelapa parut, kukus sekejap dengan secubit garam halus.

▶️ Ambil 2 senduk kelapa parut yang lain.

▶️ Masukkan, secubit garam halus dan 1 senduk rata gula pasir.

▶️ Gaul semua dan kukus 15 minit.

▶️ Dah masak ni. Lawan dengan kelapa parut kukus tadi.

 

BACA JUGA : Resepi Masak Lemak Nangka Muda Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Ada yang gaul dengan gula nise/gula Melaka. Ada jugak yang buat warna warni. Kuih orang dulu-dulu memang menarik ye. Kena bagi anak-anak cuba makan dan ajar cara buat kuih-kuih tradisional ni. Takde la kuih muih orang Melayu ni ditelan dek zaman nanti.

Musim hujan dah ni. Kalau belakang rumah takde ubi kayu, meh beli kat pasar. Kena cari awal pagi benda-benda ni. Sebab jarang jumpa kat pasar. Jangan lupa guna kelapa fresh ye. Barulah tahan lama dan sedap di makan. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mizah Ngatiman kerana sudi berkongsi resepi ubi kayu tonyoh yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamag mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open