Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Anak Tak Makan Carrot, Cuba Buat Carrot Oat Cupcake Ni. Comfirm Suka!
Bila dah sampai waktu petang, mula risau fikir nak hidangkan apa untuk minum petang buat suami dan anak-anak. Goreng pisang dah jemu, kuih muih dah makan pagi tadi, rasa nak makan benda manis macam kek. Boleh lah cuba buat Carrot Oat Cupcake ni.
Wah dengar nama pun dah tau sihat makanannya. Dengan menggunakan oat dan juga lobak merah sebagai bahan utama. Carrot oat cupcake ni sebenarnya sedap dan sesuai dibuat kalau ada anak kecil.
Saiz yang comel, corak yang dihias pun menarik je untuk anak-anak makan. Kalau buat majlis birthday kea tau nak hantar ke sekolah anak-anak, mesti mereka suka.
Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Sue Hussain ni. Beliau share macam mana nak buat carrot oat cupcake yang sedap ni. Simpan resepi ni supaya mudah nak rujuk balik jika nak buat berulang kali.
Ada juga yang gunakan resepi ni, untuk buat jualan. Asalkan ianya bermanfaat, sesiapa juga boleh gunakan. Tapi jangan lupa doakan pemilik resepi yang kongsikan ye. 😊
RESEPI CARROT OAT CUPCAKEÂ
Kalau ada anak-anak yang tak suka makan lobak merah, boleh cuba buat cupcake ni. Mungkin boleh bantu untuk anak-anak jadi suka lepas ni. Sebab rasa cupcake yang sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk pala
- ½ sudu kecil serbuk kayu manis
- 4 biji telur Gred A
- 1 sudu kecil esen vanilla
- ¾ + ¾ cawan minyak jagung atau minyak masak
- ¾ cawan gula kastor
- ¾ cawan gula perang
- 2 ½ cawan lobak sagat
- 1 cawan nenas tin
- 1 cawan oat
- 1 cawan kekacang.
BAHAN CREAM CHEESE TOPPING :
- ½ ketul unsalted butter
- 250 gram Philadelphia cream chesse
- Beberapa titis esen vanilla
- 3 sudu besar gula icing
CARA PENYEDIAAN CARROT OAT CUPCAKE :
â–¶ Mula-mula sekali, ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk pala dan serbuk kayu manis. Satukan dalam satu bekas dan masukkan garam. Kacau sebati semua bahan tepung.
â–¶ Dalam bekas lain, satukan telur, gula dan juga minyak. Kacau lebih kurang 5 minti sampai ketiga-tiganya sebati.
â–¶ Kemudian, masukkan esen vanilla dan bahan-bahan tepung yang diayak mula-mula tadi.
â–¶ Kacau dengan menggunakan spatula sehingga adunan sebati semuanya.
â–¶ Akhir sekali, masukkan kekacang yang disukai. Kekacang tu sangai atau bakar dulu , kemudian dicincang halus.
â–¶ Panaskan oven. Sementara tu, susun cawan kertas atas dulang pembakar. Tuang adunan ke dalam cawan kertas.
▶ Bakar dengan suhu 180’c selama 15 hingga 20 minit atau pun sehingga masak.
â–¶ Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan seketika.
â–¶ Barulah boleh letakkan topping pula.
â–¶ Untuk membuat topping, pukul butter sehingga lembut. Kemudian, masukkan cheese dan pukul sampai sebati.
â–¶ Bila dah sebati, masukkan gula. Putar atau pukul lagi sehingga bahankembang.
â–¶ Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau sekata.
â–¶ Boleh letakkan topping ke atas kek bila kek dah sejuk. Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Ikan Siakap Stim Ala Thai. Rasa Persis Macam Kedai Thailand Tau!
Confirm bila dah siap, anak-anak tak sabar nak makan. Jika nak buat untuk birthday cake pun boleh. Just masukkan adunan dalam loyang dan hias mengikut kreativiti kita. Rasa dia memang sedap dan lembut sahaja tau.
Bagi yang tak pernah cuba makan carrot oat ni, boleh lah cuba pelbagaikan menu hidangan minum petang kita untuk keluarga. Jika ada lebih, boleh kongsikan juga kepada jiran tetangga.
Sekiranya perkongsian resepi carrot oat cupcake ni membantu dan memberi manfaat, jangan lupa sharekan di wall facebook masing-masing ye. Supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Selamat mencuba!