Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Masak Lemak Nangka Muda Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 190

Fuh! Sebut je pasal sayur nangka masak lemak terus rasa penuh perut. Mana taknya, lauk ni boleh buat kita bertambah nasi ye. Try la resepi masak lemak nangka muda ni kat sini. Memang tak cukup sepinggan dibuatnya! 

Hari ni aku kerja macam biasa. Time lunch time mak aku cakap, balik awal malam ni. Mak nak masak sayur nangka. Apa lagi, tepat je masa balik kerja. Terus aku kelam kabut balik rumah. Nak makan sedap weh malam ni. 

Sampai rumah tak mandi pun lagi, terus aku ambil pinggan duduk kat meja makan. Mak masak lemak nangka muda campur ikan masin. Sedap weh! Korang rasa berapa kali akut tambah nasi? Confirm la lebih dari sekali kan. 

Tak sempat nak ambil gambar masa mak aku masak tadi. Nak jugak share resepi ni kat korang. Tapi takpe, aku jumpa satu resepi masak lemak nangka yang sebijik macam mak aku buat kat Facebook. Boleh la korang cuba nanti. 

Ni dia resepi masak lemak nangka muda yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fatimah Saari. Layan sayur ni dengan ikan goreng dan sambal belacan memang sedap weh! Tak cukup sepinggan dibuatnya. 

 

RESEPI MASAK LEMAK NANGKA MUDA 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan masak lemak nangka muda ni. Step memasak seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Nangka muda 1/2 biji (dipotong dan rebus sampai 1/2 empuk. Toskan air)

Bahan kisar :  
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Ikan bilis sikit agak-agak
  • Cili padi 1/2 genggam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia sikit
*Blend semua sampai halus/ separa halus

Bahan lain :  
  • Serai titik
  • Daun kunyit selai dua
  • Sesudu rempah daging babas
  • Santan kara 200ml
  • Air
  • Garam
  • Asam keping

CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK NANGKA MUDA : 

▶️ Tumis bahan blend + serai sampai pecah minyak.

▶️ Kemudian, tambah serbuk rempah babas + sedikit air. Kacau-kacau 5 minit.

▶️ Masukkan nangka rebus tadi + sedikit air + santan kara sekotak kecil 200ml.

▶️ Sebatikan semua bahan dan kacau je jangan pecah minyak dalam 10 minit macam tu.

▶️ Masukkan garam, asam keping, daun kunyit dan biar 5 minit dah boleh tutup api. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sandwich Telur. Makan Waktu Pagi Ke Lunch Ke Dinner Ke Still Sedap!

 

Sesetengah orang akan letak ayam dalam tu. Tapi untuk dapatkan rasa masakan kampung asli, elok korang masukkan ikan masin dalam masak lemak sayur nangka ni. Sedap giler weh! Tak letak garam pun takpe dah. 

Mudah sangat nak masak sayur ni kan. Sesuai buat lauk makan tengahari dan malam. Masak dalam periuk. Bila dah sejuk nanti, boleh je panaskan lauk ni sebelum second round nak makan. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fatimah Saari kerana sudi berkongsi resepi masak lemak nangka muda yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open