Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Aneka Resepi Sup Marvelous Untuk Anak. Gerenti Sedap, Laju je Habis!
Dari usia anak kita kecil, pasti sup menjadi antara makanan terawal kita sediakan untuk anak-anak. Bukan sahaja rasa dia yang sedap, tapi nak buat sup ni pun tersangat lah mudah.
Bukan sahaja boleh makan dengan nasi putih, anak-anak yang suka makan pasta atau segala mee pun sesuai dimakan dengan sup-sup ni.
SUP SAYUR FISHBALL
Menu kegemaran anak-anak ni memang sedap. Bukan anak-anak je yang berebut, yang dewasa juga tak kalah dengan sup simple macam ni.
Masukkan pula dengan fishball, memang sedap jika dapat makan dengan nasi yang panas. Lebih sedap, makan dengan kuantiti kuah yang banyak. Fuuh layan!
RESEPI SUP SAYUR FISHBALL
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 hirisan halia
- 2 sudu kecil lada putih
- beberapa titik minyak bijan
- sedikit kobis panjang
- kobis bunga
- hirisan dari sebatang lobak merah
- satu pokok daun bawang dan daun saderi
- beberapa hirisan ayam atau daging
- Sepaket fish balls (dalam 15 biji )
- Beberapa keping tauhu lembut di potong empat
- sedikit garam
CARA PENYEDIAAN SUP SAYUR FISHBALL
▶ Rebus ayam, berserta halia dan bawang putih.
▶ Masukkan lada putih.
▶ Masukkan fishball
▶ Masukkan sayuran yang lambat empuk (Lobak merah, kobis bunga)
▶ Kemudian diikuti dengan kobis panjang dan daunan
▶ Masukkan garam dan beberapa titik minyak bijan.
▶ Apabila telah mendidih sebentar bolehlah masukkan tauhu lembut
▶ Perasakan dengan garam dan akhir sekali tabur dengan daun bawang dan daun saderi.
▶ Sup sayur fishball dah siap dan sedia dihidang!
SUP TELUR
Bila terbayangkan sup sayur ini dapat makan dengan bihun atau mee kuning memang sedap. Sebab sup begini bukan hanya sesuai untuk dimakan dengan nasi putih, tapi sesuai juga dimakan sebagai mee sup atau bihun sup.
Dimakan pula dengan sambal hitam pedas. Pasti sedap!
RESEPI SUP TELUR
Bahan-bahan yang digunakan:
- 3 biji Telur
- Sedikit isi dada ayam
- Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh) terpulang kepada sayur apa yang kita suka
- 3 ulas Bawang putih
- 2 biji Bawang Merah
- 1 inci Halia (penting)
- 4 biji Cili (bergantung pada tahap kepedasan kita)
- 1 biji Limau kasturi
- Sedikit garam
- Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
- Air
CARA PENYEDIAAN SUP TELUR
▶ Mula-mula tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
▶ Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
▶ Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.
▶ Masukkan sayur.
▶ Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu. Pastikan guna api yang perlahan untuk mengelakkan telur menjadi hancur.
▶ Siap! Selamat mencuba. Bolehlah hidangkan nasi putih atau mee dan bihun.
SUP IKAN MERAH
Jika ada ikan merah bolehlah cuba buat sup ikan merah. Sup ikan merah ni sedap jika dimakan dengan bubur. Untuk yang sedang tak sihat, makan sup ikan merah untuk hangatkan Kembali tubuh badan kita.
Alang-alang dah buat tu, jangan buat untuk yang sakit je. Sebab orang sihat pun boleh jatuh cinta dengan sup ikan merah ni. Sup ikan merah ni sememangnya baik untuk tubuh badan kita terutamanya anak-anak yang baru nak membesar.
RESEPI SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan yang digunakan:
- 1 ekor ikan merah anggaran 800grm
- 3 biji tomato
- Jus perahan limau nipis secukupnya
- 1 pokok daun sup
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
Bahan tumis:
- 1 bungkus sup bunjut ikan-(jenama adabi etc)
- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 5 biji lada hitam
- 5 biji cili api dititik- boleh tambah ikut kepedasan yang kita suka
* kalau tak ada sup bunjut boleh juga digantikan dengan serbuk rempah sup
BACA JUGA: Resepi Kek Yang Simple Dan Mudah Guna Sukatan Cawan. Sekali Buat Jer Comfirm Jadi!
CARA PENYEDIAAN SUP IKAN MERAH :
▶ Bersihkan ikan dan dipot0ng menjadi beberapa bahagian .
▶ Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotOng empat.
▶ Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan tumis dan bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .
▶ Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
▶ Kemudian, masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah lagi jus limau nipis tu.
▶ Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekala.
▶ Dah mendidih, boleh dimasukkan buah tomato. Bila buah tomato nampak layu boleh tutup api dan tabur daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.
▶ Bolehlah dihidangkan bersama telur dadar dan sambal belacan.
Kredit resepi: Aizah Zarirah
SUP CENDAWAN TAUHU TELUR
Tauhu telur ni memang favourite! Rasa dia sedap, lembut dan lemak. Siapa yang belum cuba memang wajib rasa. Sekali rasa je dah boleh jatuh cinta.
Makan pulak dengan cendawan lagi terangkat rasa dia. Make sure makan panas-panas. Dan makan tanpa nasi pun sedap sangat-sangat.
RESEPI SUP CENDAWAN TAUHU TELUR
Bahan-bahan yang digunakan :
- 1 paket cendawan (pot0ng 3)
- 2 paket tauhu telur (pot0ng bulan tebal seinci)
- 5 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- Daun bawang satu pokok (hiris kecil)
- 2 cawan air
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN SUP CENDAWAN TAUHU TELUR :
▶ Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air 2 cawan.
▶ Masukkan tauhu. Biarkan mendidih.
▶ Akhir sekali, masukkan cendawan dan perasakan dengan garam.
▶ Biarkan selama dua minit sehingga mendidih. Tutup api. Dan taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
SUP AYAM
Sup ayam memang famous dan wajib jadi menu kita sekali dalam seminggu kan? Kadang-kadang bila musim hujan, dapat makan sup ayam panas-panas setiap hari pun tak ada masalah.
Sup ayam, sedap dihidangkan dengan sambal kicap. Boleh dimakan dengan nasi atau mee dan bihun. Jom cuba!
RESEPI SUP AYAM
Bahan-bahan yang digunakan:
- 1 ekor ayam (sederhana besar)
- 8 biji kentang
- 1 pokok daun sup
- Garam secukup rasa
- Air mencukupi untuk kuah sup
Bahan tumis:
- 4 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 3 cm kayu manis ( 1 ketul )
- 2 biji bunga lawang
- 3 biji bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil lada hitam
CARA PENYEDIAAN SUP AYAM
▶ Potong ayam kepada bahagian yang kecil-kecil. Semua bawang, halia dikupas kulit dan dimayang halus. Ketumbar dan lada hitam ditumbuk halus. Kupas semua ubi kentang dan potong empat, daun sup diracik halus.
▶ Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang ditumbuk , semua rempah serta semua bawang tadi.
▶ Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk. Biarkan kuah hampir mendidih dan boleh la masuk semua ayam dan ubi kentang.
▶ Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekala sehingga ayam masak dan ubi kentang menjadi empuk.
▶ Akhir sekali, sebelum tutup api dapur tabur lah daun bawang dan bawang goreng ( jika ada )
Sedia dihidang!
Bukan biasa-biasa resepi sup yang ada ni. Semuanya mudah je nak buat kan. Jika bahan ada, masa nak buat pun jadi sekejap je. Yang lama sikit untuk tulang dan gearbox je. Tapi jika guna noxxa, dah jadi mudah.
Semoga perkongsian koleksi resepi sup meletop ni sedikit sebanyak membantu anda yang sedang baru nak belajar masak sup yang mudah dan simple. Jangan lupa share ye!