Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Yang Simple Dan Mudah Guna Sukatan Cawan. Sekali Buat Jer Comfirm Jadi!
Kalau anda penggemar kek yang simple, resepi ini memang sesuai untuk anda. Bukan hanya simple malah, rasa kek ini sangat sedap.
Nak buat untuk minum petang boleh. Biasanya, kita suka buat kek sebegini bila di kampung. Makan bersama – sama keluarga termasuklah atuk dan opah. Sebab orang tua-tua amat gemarkannya.
KEK KAMPUNG
Kenapa ia dinamakan kek kampung? Kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan yang ada di rumah dan kek ni kerap dibuat oleh orang zaman dulu-dulu di kampung. Selain rasa yang sedap, kek kampung ini juga kalau jadi memang gebu dan lembut je tau.
Jom kita tengok resepi yang menggunakan sukatan cawan ni. Tak perlu pening lagi fikirkan sukatan menggunakan timbangan.
RESEPI KEK KAMPUNG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula halus
- 3 biji telur ( saya pakai gred B)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1½ cawan tepung gandum
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- ½ sudu kecil baking powder
- pewarna (beberapa jika ada)
CARA PENYEDIAAN KEK KAMPUNG :
▶ Pukul marjerin dan gula sehingga gula hancur dan kembang. (Guna mixer boleh, guna tangan pun boleh)
▶ Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan. Masuk sebiji, gaul adunan rata kemudian masukkan lagi next telur.
▶ Masukkan esen vanilla dan kacau sekata.
▶ Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam mangkuk adunan.
▶ Gaul sehingga membentuk adunan yang agak likat
▶ Bahagikan kepada beberapa bekas ikut berapa warna kita nak buat.
▶ Oleskan Loyang dengan minyak ayau marjerin. Boleh juga lapikkan dengan baking paper jika ada.
▶ Dan tuang ke dalam loyang. Satu per satu ikut turutan warna. Sampai habis adunan. Ketuk2 sikit supaya padat. Lorekkan adunan sehingga warna bercampur menggunakan lidi.
▶ Kukus dalam 45-50 minit atau sehingga masak.
Sedia dihidang! 😘 😘 Selamat mencuba yee..
KEK COKLAT MINI MOIST
Kalau buat kek mini coklat ni, memang berebut anak-anak. Siapa yang tak suka coklat kan. Bila buat saiz kecil begini, mudah anak-anak nak makan. Dan mudah juga kita nak hidangkan.
Selain bentuk mini yang comel ini, taburan warna-warni atas kek juga boleh membuatkan anak-anak kita suka untuk maka kek mini comel ni.
Cubalah! Jika nak buat untuk apa-apa majlis pun boleh. Simple je .
RESEPI KEK MINI MOIST
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- ½ cawan minyak
- ½ cawan gula
- ½ cawan Susu cair
- ½ cawan Susu pekat Manis
- 2 biji telur gred B
- ½ cawan serbuk Koko
Bahan ayak
- ½ cawan + 2 sudu makan tepung gandum
- ½ sudu kecik baking soda
- ½ sudu kecik baking powder
CARA PENYEDIAAN KEK MINI MOIST :
▶ Masukkan minyak, gula, susu cair, susu pekat, telur dan serbuk koko ke dalam blender
▶ Blend sehingga sekata. Anggaran dalam 5 hingga 6 minit
▶ Masukkan dalam satu bekas. Kemudian ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda ke dalam bekas tersebut.
▶ Kaup² kan adunan untuk bagi adunan sekata kesemuanya
▶ Sediakan acuan lompang. Oles sikit dengan marjerin atau minyak.
**pesanan – sebelum masukkan dalam acuan, tapis dulu adunan tersebut. risau Ada tepung yang tidak betul² sekata. 😁
▶ Masukkan adunan ½ daripada acuan tersebut. Jangan masukkan penuh, kerana kek kita akan mengembang.
▶ Panaskan periuk kukus, dan kukus selama 15-20 minit.
▶ Siap! Dan boleh sejukkan sebelum diletakkan coklat.
Untuk kuah coklatnya –
- ¼ cawan Susu Segar
- ½ cawan coklat Beryl’s coin
Cara penyediaan toping
▶ Panaskan Susu Segar sekejap. Dan masukkan Dalam coklat. Kacau sampai cair dan rata.
▶ Tuang coklat yang dicairkan itu ke atas kek mini moist kita.
KEK MARBLE KUKUS
Kek marble kukus ni antara kek yang paling wajib korang cuba. Bagi saya rasa dia sangat sedap dan boleh dimakan berulang-ulang kali.
Kek marble ni memang boleh juga dibakar, tapi bila dikukus ianya lebih moist, lembut dan sedap dimakan.
RESEPI KEK MARBLE KUKUS
Bahan-bahan yang digunakan adalah:
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- ¼ cawan butter @ marjerin yang di cairkan
- ¼ cawan susu full cream
- ¼ cawan milo
- 1 sudu ovalet
- ½ sudu teh esen vanilla
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh baking powder
- 3 biji telur gred B
- Perwarna ( ikut suka kita nak cantikkan kek )
CARA PENYEDIAN KEK MARBLE KUKUS YANG LEMBUT :
▶ Blend 3 biji telur, gula, esen vanilla dan ovalet. Pastikan blend sehingga kembang. Masukkan dalam bekas
▶ Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder
▶ Campurkan tepung yang siap di ayak tadi dengan bahan yang kita blend dan kacau sehingga sebati.
▶ Kemudian masukkan ¼ cawan susu full cream dan butter yang dah di cairkan. Dan kacau lagi supaya semua bahan sebati
** Untuk warnakan, terpulang kepada masing-masing ye.
▶ Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian sebab kita nak buat kek marble ni 3 warna.
▶ Masukkan milo dalam salah satu mangkuk dan kacau sehingga rata.
▶ Masukkan pewarna lain dalam mangkuk seterunya.
▶ Oles loyang dengan marjerin. Saya guna loyang saiz 6 inci
▶ Tuang sedikit demi sedikit adunan tadi ke dalam loyang supaya menjadi layer yang cantik.
▶ Lorekkan bahagian atas kek supaya jadi corak yang cantik.
▶ Kukus selama 30-45 minit atau bakar selama 45-60 minit dengan suhu 160° api atas dan bawah (bergantung pada kepanasan oven masing²)
Soo kek marble Kita dah siaapp.. boleh dihidang. Jangan lupa cuba dan jangan lupa share tau!😍
BACA JUGA: Cara Buat Sup Thailand Resepi Sama Macam Kedai. Rasa Padu Dan Terangkat
KEK MINYAK KUKUS GEBU
Waah sedapnya dapat makan kek minyak ni. Kek ni makan panas-panas sedap. Dia masih lembut dan gebu. Masuk ke dalam mulut, isap je pun boleh.
Tapi penggunaan minyak yang banyak untuk kek ni untuk menghasilkan rasa yang sedap. Jika risau, boleh gantikan minyak masak biasa dengan minyak yang lebih sihat seperti minyak yang rendah kolestrol atau minyak jagung.
RESEPI KEK MINYAK KUKUS
Bahan-bahan yang digunakan adalah:
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan minyak jagung @ minyak masak
- ⅓ cawan gula pasir
- ¼ cawan susu pekat
- 2 biji telur gred A @ 3 biji gred C
- ½ sudu kecil esen vanila
- ½ sudu kecil baking soda
- ½ sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil ovalette
- Pewarna (beberapa pewarna)
CARA-CARA BUAT KEK MINYAK KUKUS GEBU :
▶ Pukul telur, gula, esen vanila dan Ovelete sehingga kembang
▶ Dah kembang, masukkan susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati
▶ Bila dah sebati, masukkan minyak jagung. Kacau guna spatula sehingga sekata
▶ Ayak kan tepung gandum, baking soda dan baking powder ke dalam bekas adunan
▶ Kacau sehingga sekata.
▶ Bahagikan kepada beberapa bekas, untuk warna kan.
▶ Warnakan adunan tepung kita
▶ Sediakan loyang, oles dengan marjerin atau minyak.
▶ Masukkan adunan berselang seli sehingga habis adunan.
▶ Sediakan pengukus, dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Kek minyak kukus gebu sedia dihidang!
KEK DALGONA MILO OREO
Sebelum in ikan viral tentang dalgona coffee.. Wah! Kita tukar kepada kek dalgona. Cum akita gunakan milo dan jadikan cream fluffy. Nak guna kopi pun boleh tak ada masalah. Cuma akan rasa pahit lah.
Bila guna milo, rasa lah lemak manis dia dimakan pula dengan kek oreo yang gebu. Bukan anak-anak je suka, tapi kita mak ayah pun gemarkannya.
RESEPI KEK DALGONA MILO OREO
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
Untuk kek
- 2 paket oreo perisa (original)
- 1 kotak kecik susu coklat (200ml)
Untuk topping dalgona milo. Nisbah 1 : 1 : 1
- Milo 5 sudu ( nak buat banyak lebihkan)
- Gula 5 sudu (saya kurangkan dan guna 3 sudu je sebab tak nak manis sangat)
- Air Panas 5 sudu
- Ovelete ½ sudu
** Make sure sukatan pakai sudu yang sama ye.
CARA PENYEDIAAN KEK OREO:
▶ Masukkan biskut oreo ke dalam blender
▶ Bukak susu kotak dan tuang ke dalam blender
▶ Blend kedua²-duanya sampai hancur
▶ Panaskan pengukus dan kukus kek dalam 35-45 minit (bergantung pada tahap masak)
(jika nak buat banyak, doublekan je portion okay)
CARA PENYEDIAAN TOPING DALGONA :
- Campur semua bahan toping mengikut nisbah
- Lemudian whisk sampai kembang dan fluffy @ foam. (Nak blend atau mixer pun boleh. Cuma saya pakai whisk)
Kek dah siap, letakkan topping atas kek.. Tabur dengan chocolate chip dan chocolate rice sebagai hiasan! 😘
Sedia dihidang! Minum dengan dalgona coffee.. Fuuhh! Padu baq hang!!
KEK PISANG KUKUS
Kalau ada pisang terlajak masak dekat rumah, jangan dibuang. Sebelum dia memburuk jom lah kita buat kek pisang yang sedap dan gebu ni.
Senang je sebab kita akan gunakan cara kukus. Orang yang taka da oven pun boleh buat dan rasai kesedapan kek pisang ni.
RESEPI KEK PISANG KUKUS
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Pisang 8 biji
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan marjerin (dicairkan)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil baking powder
- 4 biji telur
CARA PENYEDIAN KEK PISANG:
▶ Blend pisang, gula perang, telur, esen vanilla dan marjerin. Blend sampai hancur dan sebati.
▶ Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder.
▶ Tuang bahan blend dalam bekas besar. Dan masukkan sikit demi sikit tepung yang diayak tadi.
▶ Kacau hingga sebati, dan sediakan loyang atau acuan.
▶ Sapu marjerin di sekeliling loyang supaya kek tak melekat bila dah masak.
▶ Tuang adunan dalam loyang dan buat hiasan jika korang suka.
▶ Kukus selama 35 – 45 minit atau sehingga masak.
Dah siaap dan boleh dihidang. 💃💃💃
Haa, mudah je kan nak buat kek-kek di atas ni. Paling simple sebab resepi yang dikongsikan semua guna sukatan cawan. Ye lah, bila ada yang kongsikan menggunakan gram, agak susah bagi mereka yang taka da penimbang.
Jadi, kepada anda yang nak cuba buat kek-kek ni. Jangan lupa share dekat facebook tau! Dan selamat mencuba ye.