Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Aneka Resepi Mee Kuning Berkuah Yang Lazat Dan Wajib Cuba. Tip Macam Mana Hilangkan Bau Kapur
Nak makan mee kuning, tapi susah hati bila ada bau kapur yang kuat. Silap haribulan, boleh putus selera tau!
Selain mee rebus, apa lagi menu yang biasa kita buat dengan mee? Jom saya kongsikan beberapa koleksi masakan berasaskan mee kuning.
Bagi penggemar mee kuning sudah pasti akan sukakan menu-menu yang saya kongsikan ini. Boleh lah buat untuk juadah makan malam atau hidangan kepada tetamu di hujung minggu.
MEE JAWA
Kadang-kadang bila pagi raya, selain kuih raya dan lemang pasti ada rumah yang hidangkan satu makanan berat seperti mee, laksa, laksam, dan mee jawa pun salah satu daripadanya.
Rasa kuah yang sedap, manis keledek dicampur dengan daging rebus dan tauhu lembut memang boleh membangkitkan selera. Nak buat untuk makan petang-petang pun boleh.
RESEPI MEE JAWA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg mee kuning
- 300 gm taugeh
- 200 gm daging – direbus dan simpan airnya untuk stok
- 4 biji telur rebus
- 6 tangkai daun sup
- 1 biji cili besar – dihiris
- 100 gm bawang goreng
- Tauhu lembut digoreng
Bahan untuk kuah:
- 4 biji keledek – rebus dan dilenyek
- 100 gm udang kering
- 3 sudu teh serbuk kari
- 2 ulas bawang putih ditumbuk
- Garam
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN MEE JAWA :
▶ Celur mee kuning serta taugeh. Ketepikan seketika.
▶ Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari sehingga garing.
▶ Daging yang direbus tadi, hiris nipis. Asingkan sedikit untuk dimasukkan ke dalam kuah.
▶ Masukkan stok air rebusan daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.
▶ Kemudian masukkan garam. Biarkan ia hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.
Sedia dihidang untuk makan petang bersama keluarga tersayang.
MEE KUAH UDANG PENANG
Kalau ke Penang, orang kata jangan lupa makan nasi kandar padu. Tetapi jangan lupa juga pekena mee kuah udang pior dari Pulau Pinang ni. Haa, bila dah rasa confirm jatuh cinta.
Bila dah tau cara, boleh lah masak sendiri di rumah. Hasilnya pun sedap dan puas hati dapat makan banyak.
RESEPI MEE KUAH UDANG PENANG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 Kg Udang Besar
- 3 Bungkus Mee Kuning
- 1 Labu Bawang Putih – Dicincang
- 2 Biji Bawang Besar – Dimayang
- 1 Senduk Cili Boh/Cili Giling
- 1 Tin Kimball Tomato Soup Tin
- ½ mangkuk Sos Tomato
- 1 mangkuk Sos Cili
- 1 mangkuk Sos Tiram
- 1 Sudu Makan Gula
- 1 Sudu Cukup Rasa
- 3 Batang Sawi
- 1 Biji Tomato
- 3 Batang Daun Sup + daun Bawang
CARA PENYEDIAAN MEE UDANG PENANG :
▶ Tumis bawang putih kemudian masukkan bawang besar.
▶ Masukkan udang dan masukkan cili boh/cili giling kacau sampai pecah minyak dan udang separuh masak.
▶ Masukkan Air (Kalau ada stock air udang atau air rebusan ketam lagi lah sedappp). Saya guna air rebusan ketam kali ni..😋
▶ Masukkan semua jenis sos di atas dan perasakan.
▶ Bila kuah dah menggelegak, masukkan sayur dan mee. Siap untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.
MEE REBUS DAGING PEKAT SEDAP
Bila hujung minggu bersiap sedia je bila ada orang nak datang ke rumah. Jadi, risau ada yang datang secara mengejut, boleh lah siapkan mee kari daging yang pekat dan sedap ni.
Nak makan satu keluarga boleh, nak buat sebagai hidangan tetamu pun boleh. Kalau tiada yang datang tak risau sebab boleh juga kongsikan dengan jiran-jiran.
RESEPI MEE REBUS DAGING
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 6 sudu makan rempah kari daging
- 1 cawan taucu
- 6 biji keledek oren saiz kecil
- 3 sudu makan udang geragau
- ¾ cawan udang kering
- 450 gram daging
- 250 gram tulang
- 1 genggam cili kering
- 1½ mee kuning
CARA PENYEDIAANNYA MEE REBUS DAGING
▶ Mula-mua rebus daging dan tulang selama 25 minit atau sehingga empuk
▶ Kemudian, rebus keledek oren sehingga lembut
▶ Blend bawang besar, bawang putih dan halia sehingga hancur
▶ Blend cili kering, ubi keledek.
▶ Kemudian, blend kering udang kering dan geragau
▶ Akhir sekali blend taucu.
▶ Panaskan sedikit minyak, tumis serai dan lengkuas.
▶ Tumis sehingga agak kekuningan, masukkan bawang blend.
▶ Bila dah kering, masukkan cili kering yang diblend tadi. Masak sehingga naik minyak.
▶ Minyak dah pecah, masukkan rempah kari dan secawan air.
▶ Kacau sekejap, masukkan blend udang-udang tadi.
▶ Masukkan taucu dan 1 cawan air rebusan daging.
▶ Dah naik minyak, masukkan keledek oren. Kacau sekejap. Masukkan daging, tulang dan baki air rebusan daging.
▶ Perasakan dengan garam kasar, biarkan mendidih. Rasa.
▶ Jika tak cukup masin, masukkan garam halus dan sedikit gula. Rasa semua dah lengkap. Boleh padamkan api.
Sedia dihidang untuk santapan keluarga
BACA JUGA: Resepi Bihun-Bihun Yang Sedap Dan Lembut. Mudah je nak buat!
RESEPI MEE HAILAM SEDAP
Kalau ada yang suka mee berkuah tapi menggunakan kicap, boleh cuba buat mee hailam ni. Bila masak mee hailam ni. Lebih sedap jika masukkan seafood seperti sotong dan udang lebih banyak.
Jika di kedai, kebanyakannya hanya ayam penuh pinggan. Seronok bila buat sendiri dapat letakkan apa yang kita suka.
RESEPI MEE HAILAM
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
- 500gm isi ayam atau daging.
- Udang dan sotong (ikut yang kita suka)
- 5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
- Sayur – sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
- Air rebusan tulang ayam atau daging – jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
- 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk tumis
Bahan kisar
- 2 inci halia
- 1 ulas bawang besar
- 8 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN MEE HAILAM:
▶ Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.
▶ Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
▶ Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudrian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
Hidangkan bersama mee yang dicelur.
Kredit Resepi: Eny Yusnizar Abdullah
MEE KARI SPECIAL
Kalau pagi, dekat Kawasan rumah saya ni ada satu kedai makan mee kari. Memang khas dibuka waktu pagi dan kedai sentiasa penuh orang.
Kadang- kadang yang datang dari jauh pun ada sebab rasa mee kari dia yang sedap. Tapi sejak PKP ni nak keluar pun dah jarang untuk keluar. Bila tekak rasa teringin, jom lah kita buat supaya lebih berbaloi dan dapat makan bersama keluarga.
RESEPI MEE KARI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
Bahan² untuk kuah:
- Ayam @ daging
- Tauhu pelampung (goreng sekejap)
- 2biji bawang merah besar *
- 3biji bawang putih*
- 2 sudu besar udang kering*
- 10 tangkai cili kering*
- 1 batang serai (ketuk)
- 4 sudu besar serbuk kari √
- 2 sudu besar serbuk cili √ (nak skip pn bole)
- 1 kotak kecik santan
- 1cawan air
- 1pcs kiub pati ayam
*Kisar*
√ bancuh degan sedikit air √
CARA PENYEDIAAN MEE KARI :
▶ Panaskn minyak… Masuk serai, bahan kisar * dan barang dibancuh √.
▶ Tumis sampai pecah minyak.
▶ Masuk ayam @daging.. biar bagi masak sekejap ya.
▶ Lepas tu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam…. kepekatan kuah agak-agak je ya.. jangan terlalu cair @ pekat sangat..
▶ Perasakan dengan garam… gula dan perasa… Biarkan mendidih… Baru masuk tauhu tadi.. siap…
Bahan lain:
- 🔸Mee kuning (celur sekejap)
- 🔸Fishball (goreng&hiris)
- 🔸Fishcake (goreng&hiris)
- 🔸Tauge
- 🔸Daun sup (hiris)
- 🔸Lada merah/hijau (hiris)
- 🔸bawang goreng
- 🔸Limau kasturi
- 🔸Telur rebus belah dua
🌱Nak tambah kerang/udang pun bole🌱
Kredit Resepi: Bunga Jua
Selamat mencuba🧡
MEE BANDUNG ORIGINAL
Sebut sahaja Mee Bandung, pasti akan teringat mee bandung muar yang famous dengan kesedapannya.
Jarang kalau pergi Muar tak pekena mee bandung dia. Rasa dia tub oleh buat kita teringat-ingat bila dah sampai ke rumah. Tapi tak mudah nak merentas negeri sekarang semata-mata nak makan, lebih mudah kita ke pasar untuk sediakan bahan nak buat mee bandung muar ni. Jom!
RESEPI MEE BANDUNG MUAR
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat paste :
- 300gram udang
- 100gram udang kering (rendam dan blend bersama)
- 5 tangkai cili kering *
- 5 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 4 sudu kacang tanah *
- Sedikit minyak
- Sedikit garam
- Serbuk perasa dan juga gula
CARA PENYEDIAAN PASTE :
▶ Kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah bersama kacang tanah.
▶ Bersihkan isi udang dan asingkan isi udang dengan udang kering tadi untuk dikisar.
▶ Kulit dan kepala udang direbus untuk jadikan stok. (Lepas rebus, blend dan tapis)
▶ Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi (cili, bawang-bawang dan kacang)
▶ Masukkan stok udang dan udang yang sudah diblend.
▶ Biarkan masak, dan perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
▶ Masak sehingga menjadi pekat. ( Jika buat banyak, boleh disimpan lama dalam Freezer)
Bahan-bahan yang digunakan adalah untuk membuat kuah :
- 200g Udang
- 200g Daging
- 200g Sotong Kering (Telah direndam)
- 200g Kerang (Telah kopek)
- Mee kuning
- 3 batang sawi
- 1 batang cili merah
- Paste
- 1 biji tomato
- 2 biji tauhu (digoreng)
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk perasa
- Sedikit gula
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit daun bawang
CARA PENYEDIAAN MEE BANDUNG :
▶ Rebus daging selama 1 jam untuk mendapatkan air rebusan. kemudian simpan air rebusan dan hiris daging nipis-nipis.
▶ Panaskan minyak, masukkan paste dan goreng sehingga naik bau.
▶ Masukkan air rebusan daging tadi dan kacau sehingga pekat. Kemudian masukkan daging, sotong, kerang dan udang.
(Proses ini jangan terlalu lama)
▶ Sedikit garam, gula dan serbuk perasa untuk menambah rasa kuah tersebut..
▶ Masukkan sawi dan tomato. Tunggu sehingga mendidih dan pecahkan telur (telur jangan dikacau).
▶ Sediakan mee dan tauhu goreng di dalam pinggan. Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee. Taburkan hirisan cili dan sedikit bawang goreng dan daun bawang di atas mee tersebut.
Note : Lagi pekat kuah & banyak kerang,sotong, daging.. lagi sedaplah
TIP HILANGKAN BAU KAPUR PADA MEE KUNING
Bau kapur pada mee kuning memang boleh buat kita rasa terbantut untuk teruskan suapan. Jadi ini beberapa cara yang dikongsikan oleh kawan-kawan macam mana cara nak hilangkan bau kapur.
- Rebus mee kuning. Jika selama ini kita hanya celurkan seketika. Kali ini cuba rebus kemudian bilas dengan air paip.
- Ada yang kongsikan, selepas buka plastik, ratakan dengan gula pasir. Kemudian biarkan mee direndam selama 30 minit sebelum tos dan bilas dengan air bersih.
Boleh lah cuba petua ini. Lepas ini tiada lagi kerisauan buat penggemar mee. Boleh makan tanpa rasa risau dengan bau kapur.
Selamat mencuba!
Baca resepi je pun dah buat kita terliur membayangkan. Macam mana pulak lah rasanya nanti bila dah siap kan. Kalau nak buat makan petang, hidangkan dengan teh o panas. Pasti sedap!
Kepada yang baru nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba ye!