Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mudah Lempeng Sayuran Ala Korea. Sesuai Disajikan Sebagai Minum Petang!

0 102

Sekali sekala nak jugak rasa makan pancake orang Korea. Mesti sedap. Orang kata pancake orang Korea ni kaya dengan sayur-sayuran. Jom kita try. Follow je resepi lempeng sayuran ala Korea ni kat sini. 

Pancake ni sesuai disajikan untuk minum petang. Banyak sayur korang boleh letak. Siap ada udang lagi. Sekali pandang macam cucur udang pun ada. Tapi yang ni versi leper macam lempeng. 

Lempeng sayuran ala Korean ni sedap di makan panas-panas dengan sos cili kicapnya. Cara buat sos cili kicap pun ada sekali dalam ni. Resepi dah lengkap untul korang follow kat rumah nanti. 

Resepi lempeng sayuran ala Korea ni telah dikongsikan oleh seorag pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Viral ye Korean pancake ni. Memang tak rugi la korang buat kat rumah nanti. 

Korang yang suka makan lempeng boleh tukar selera makan lempeng sayuran orang Korea pulak. Kalau nampak teksture kat gambar, lempeng ni nampak garing, sedap dan menyerakan.

RESEPI LEMPENG SAYURAN ALA KOREA

Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan lempeng sayuran ala Korea ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan-bahan lempeng : 
  • 4 sudu makan tepung gander
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit air dan garam
  • Daun bawang (dihiris nipis memanjang)
  • Lobak merah (dihiris nipis memanjang)
  • Ubi kentang (dihiris nipis memanjang)

 

Bahan-bahan sos kicap :
  • Kicap cair jenama Yeos
  • Sedikit minyak bijan
  • Biji bijan
  • Cuka
  • Cili

CARA PENYEDIAAN LEMPENG SAYURAN ALA KOREA :
Cara bancuhan :

▶️ Bersihkan sayuran selepas dihiris.

▶️ Satukan sayuran dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan sedikit air

▶️ Fungsi tepung tu untuk menyatukan sayuran, jadinya bancuhan tepung tak perlu banyak. Bukan seperti buat cucur ya.

Cara memasak : 

▶️ Panaskan minyak masak di atas pan (kuali leper). Anggaran dalam 4 sudu makan minyak masak.

▶️ Curah bacuhan sayuran tadi di atas kuali dan ratakan dengan sudip.

▶️ Boleh letakkan udang sekiranya ada udang, kalau takde pun takpe. Masih sedap.

▶️ Biarkan bahagian bawah dimasak garing sebelum terbalikkan bahagian atas lempeng.

▶️ Sekiranya lempeng ada bahagian yang bocor, boleh bancuh sedikit tepung dan air kemudian tuang sesudu di atas lempeng yang bocor tadi.

▶️ Apabila kedua bahagian sudah masak dengan garing, boleh angkat dan potong sebelum dihidang.

Cara penyediaan sos kicap :

▶️ Guna kicap cair jenama Yeos, tambah sedikit minyak bijan, biji bijan dan cuka.

▶️ Boleh tambah cili untuk rasa pedas. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Ubi Kayu Yang Mudah Dan Sedap. Ubi Kayu Pun Boleh Buat Kek Ye!

 

Yeah! Dah siap pun lempeng sayur ala Korea kita. Lenpeng ni kalau nak makan malam pun boleh kan. Kot ada yang nak skip makan nasi malam, boleh la melempeng nanti. Resepi pun dah ada, follow je. 

Macam lambat lagi masa ada peluang pegi Korea. Kita buat je la lempeng sayur ala Korea ni kat rumah. Cara penyediaannya pun tak susah. Renyah kat bahagian potong-potong sayur tu je.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi lempeng sayuran ala Korea yang garing dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open