Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bubur Kacang Hijau Orang Kawin Yang Marvellous. Letak Durian Lagi Sedap Tau!

0 646

Tengah musim durian ni. Mesti korang asyik makan durian je kan. Ada tak yang dah rindu nak makan bubur kacang hijau orang kawin? Baik korang follow resepinya kat sini. Mudah je! Yang panting bubur kacang hijau korang yang dicampur durian memang super sedap. Rugi kalau tak cuba!

Bubur kacang hijau ni boleh di masak dengan pelbagai cara. Ada yang di campur dengan adunan tepung, makaroni dan durian. Ada juga yang kosong macam kat kenduri kawin tu. Tapi kalau nak buat sendiri musim-musim durian ni, baik campur sekali. Fuh, marvelous!

Rasa bubur kacang ni manis-manis sebab ada campuran gula Melaka didalamnya. Kalau campur dengan durian, confirm bertambah-tambah dibuatnya. Rasa lemak-lemak manis gitu. Nak lagi sedap, jangan kedekut nak letak santan. Kalau kurang santan, tekstur bubur pun jadi tak cantik.

Resepi bubur kacang hijau orang kawin ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Korang boleh hidang untuk minum petang sekeluarga. Sesuai juga di makan semasa panas dan sejuk. Makan sejuk-sejuk baru keluar peti pun sedap!

Bubur kacang ni memang ramai penggemarnya. Kalau banyak dan tak habis, korang boleh masukkan dalam plastik ais krim dan buat ais krim satu Malaysia. So, bila-bila nak makan ais krim korang boleh je ambil. Jarang jumpa ais krim kacang satu Malaysia sekarang ni. So, baik buat sendiri.

 

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU CAMPUR DURIAN

Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan bubur kacang hijau ni. Nak guna apa je jenis durian pun boleh. Semuanya sedap!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan teh kacang hijau
  • 1 1/2 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 kotak kecil santan SAJI (lebihkan lagi sedap)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 4 keping hirisan halia
  • Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
  • Durian jika suka

CARA PENYEDIAAN BUBUR KACANG HIJAU CAMPUR DURIAN :

▶️ Kacang hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalam. Rendam sebelum tidur esoknya dah boleh masak.

▶️ Rebus kacang hijau sehingga empuk setelah kacang lembut tapis buang airnya.

▶️ Dalam periuk masukkan semua bahan-bahan diatas termasuk kacang yang telah direbus.

▶️ Kacau rata dan reneh dengan api sedang. Kacau sekali sekala setelah semua sebati siap!

 

BACA JUGA : Resepi Roti Boy Homemade Yang Gebu Dan Sedap. Rasa Lemak-Lemak Manis Filing Dalam Roti Ni!

 

Siap untuk dihidang! Wah, orang kata kalau tak makan durian, korang rugi satu nikmat dunia. Durian ni antara buah yang paling sedap ye. Raja sehala buah. Tak kira anak-anak, orang tua dan dewasa semua memang gemar makan durian. Tapi, secara realitinya memang ada juga yang tak makan buah ni.

Kalau tak makan, korang boleh juga guna resepi ni untuk masak bubur kacang orang kawin. Tak perlu letak durian je nanti. Rasanya juga sedap. Yang penting semua bahan-bahan tak termasuk durian cukup. Dan follow je sebijik-sebijik resepi ni.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi bubur kacang hijau orang kawin campur durian ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa share. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open