Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Tauhu Berlauk Inti Padat. Resepi Mudah Dan Simple Untuk Minum Petang!

Tauhu berlauk
0 581

Baru-baru ni  viral pasal makanan tauhu bergedil cicah dengan kuah kicap pedas. Sedap dia sebab ada isi-isi dgaing atau ayam yang dimasukkan dalam bahagian inti.

Ramai juga yang buka jualan supaya lebih ramai yang dapat rasa tauhu bergedil ni. Yelah, tak semua orang mampu dan sempat nakbuat makanan viral ni. Sekejap je dah tahu, beralih pula pada makanan lain. Jadi yang mana suka berniaga makanan memang kena alert dengan makanan viral ni.

Macam sekarang ni, bukan tauhu bergedil lagi yang viral, tapi tauhu sumbat atau tauhu berlauk. Macam-macam juga ye. Perkongsian kali ni saya share macam mana nak buat tauhu berlauk. Serious sedap. Dan nak buat dia pun tersangatlah mudah.

Jom saya kongsikan resepi Cik Puan Aznor Mustafa yang mudah nak follow ni. Step by step yang dikongsikan ni lengkap. Untuk yang baru nak belajar pun akan jadi mudah.

 

RESEPI TAUHU BERLAUK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 paket tauhu kering
  • 5 ketul tauhu biasa
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang holland
  • Isi ayam atau daging cincang
  • Daun bawang
  • 2 batang cili
  • Serbuk lada putih
  • Garam

CARA PENYEDIAAN TAUHU BERLAUK :

▶ Mula-mula sekali, terbalikkan dan keluarkan isi tauhu kering.

▶ Kemudian, tauhu biasa tu lenyek sampai hancur dan satukan dengan semua bahan-bahan lain.

▶ Gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶ Rasa dah okay, boleh sumbat balik dalam kelonsong tauhu kering yang mula-mula kita terbalikkan tadi.

▶ Isi sampai padat dan sedia untuk digoreng.

▶ Panaskan minyak. Goreng tauhu dengan api yang sederhana kecil sahaja. Sentiasa balikkan supaya tauhu kita tidak hangus.

▶ Dah agak keperengan, boleh angkat dan toskan minyak.

▶ Siap untuk dimakan!

BACA JUGA: Cara Buat Tepung Bungkus Resepi Kampung. Senang Nak Buat Rasa Pun Sedap!

Makan tauhu berlauk ni, sedap dicicah dengan sos kicap pedas. Ada banyak versi kicap pedas ni. Boleh je buat yang mana ikut tekak dan rasa yang kita suka.  Tapi kalau nak makan cicah dengan sos cili pun sedap!

Bila kuah dah siap, boleh lah hidangkan untuk makan petang dan jamu jiran tetangga kita. Alang-alang buat, biarkan lebih sebab confirm semua orang suka.

Untuk yang baru nak belajar cara buat tauhu berlauk ni, boleh follow resepi yang saya kongsikan ni. Simple tapi serious rasa dia memang sedap.

Sharekan di walal facebook supaya mudah nak cari dan senang nak buat nanti. Dan semoga perkongsian ini dapat berikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open