Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Udang Pedas Manja Dengan Cendawan Snow White. Menu Tepat Untuk ‘Tackle’ Hati Mak Mertua!
Kalau suka makan udang tu, buat lauk apa pun akan habis satu pinggan dimakannya. Tapi kalau dah semalam dah buat sambal udang, sebelum tu dah buat lemak kuning, nak juga cuba menu baru kan.
Mungkin ramai yang belum buat resepi ni, tapi sekali cuba buat udang pedas dengan cendawan snow white ni, confirm nak repeat sebab serious rasa dia sedap! Manis udangnya, dan rasa pedas cilinya memang kombinasi yang menarik.
Paling best sekali, bukan udang je tapi siap ada cendawan snow white lagi tau! Resepi ni, resepi simple dan mudah je. Bak kata orang masak campak-campak aje. Tapi mujur juga, campak pun ramai yang suka sebab rasa dia berbeza!
Jom saya kongsikan resepi Cik Puan Iza Abu Bakar ni. Serious wajib cuba tau!
RESEPI UDANG PEDAS DENGAN CENDAWAN SNOW WHITE
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Udang lebih kurang 13 ekor ( buang kulitnya)
- 3 ulas bawang putih ( cincang halus)
- 1 labu bawang besar ( hiris)
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 batang saderi ( hiris)
- 1 pokok daun ketumbar (dipotong lebih kurang 1/2″)
- 1 pokok daun bawang (dipotong 1″)
- 1 pek cendawan Snow White (boleh dibeli di TESCO atau AEON)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 1 sudu besar cili kering kisar (kalau nak lebih pedas, boleh lebihkan cili kisar ya, kalau masakkan untuk anak anak kurangkan pedas )
- 1 sudu besar mentega (untuk menumis)
- 1 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
- Garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN UDANG PEDAS -PEDAS MANJA :
▶ Mula-mula sekali, kita perap dulu udang bersama dengan cili kisar, jintan manis, gula dan juga garam. Anggaran dalam 10- 15 minit macam tu sahaja.
▶ Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega dan minyak masak secukupnya.
▶ Tumis bawang putih, bawang besar dan juga halia sampailah naik bau atau sedikit garing▶ Terus masukkan udang yang kita perap tadi dan biar udang masak seketika. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
▶ Udang akan cepat masak tau. Jadi bila dah masak, masukkan daun saderi, cendawan snow white, daun ketumbar serta daun bawang.
▶ Biarkan sekejap supaya sayur kita layu dan sebati.
▶ Rasa dulu jika perlu tambah garam. Dah sedap semuanya, boleh padamkan api.
Siap dan sedia untuk dihidang.
BACA JUGA: Cara Buat Rendang Ayam Pedas Terangkat! Resepi Turun Temurun Nenek Di Kampung!
Resepi udang pedas simple macam ni, kaalu makan dengan nasi putih panas-panas memang confirm akan bertambah tau! Siapa yang belum pernah rasa, wajib cuba sekali dual auk udang pedas masak dengan cendawan snow white ni.
Bila dimakan, dengan cendawan rangup sedikit, udangnya segar-segar dan memang puas hati lah dengan masakan sendiri.
Jadi, boleh masukkan dalam list masakan wajib cuba tau untuk yang baru nak belajar masak tu. Mana tau mak mertua suka pulak menu baru kita ni kan?
Sebelum nak buat, sharekan dulu di facebook wall masing-masing. Nanti bila nak buat, mudah nak scroll cari semula.
Selamat mencuba!