Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Masak Lemak Cili Padi Resepi Negeri Sembilan. Pedas Dan Padu!

Ayam masak lemak cili padi
0 5,406

Kalau orang Negeri Sembilan memang tak sah kalau tak ada masakan masak lemak cili api. Sesetengah tempat, masak lemak cili api dah jadi macam menu wajib harian tau!

Tapi menu berubah dengan pelbagaikan binatang yang digunakan. Kalau hari ni ayam, esok daging. Lusa pula telur itik. Kemudian keli salai, cendawan kukur dan sebagainya lah.

Bagi yang gemar makan masakan ni, memang tak jadi masalah sangat. Hari-hari makan makanan favourite!

Nak buat masak lemak cili padi ni resepi Negeri Sembilan tak sama dengan negeri lain tau. Paling simple dan paling senang. Tapi rasa dia memang marvellous.

Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Norlailanazira Mohd Agos ni yang share macam mana nak buat masak lemak cili padi resepi Nismilan versi beliau sendiri.

Uniknya masak lemak resepi ni beliau masukkan satu bahan lain untuk wangikan lagi kuah dia. Sedap pulak rasanya!

 

RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI NEGERI SEMBILAN STYLE!

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ayam
  • 2 batang serai
  • 20- 30 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 kotak santan
  • 2 biji kentang ( belah 6)
  • Daun limau purut ( saya suka masukkan untuk wangi)
  • Asam Keping

CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK CILI PADI NEGERI SEMBILAN STYLE :

▶ Mula-mula sekali, basuh ayam bersih-bersih. Kemudian masukkan dalam kuali atau periuk. Ketuk serai dan masukkan sekali bersama ayam.

▶ Kisar cili padi dengan kunyit hidup sampai lumat.

▶ Masukkan bahan kisar dalam kuali dan pasang api. Jangan tambah air ye. Biar dengan api yang kecil. Proses ni dinamakan proses kecutkan ayam.

▶ Biar ayam sebati dengan cili padi dan cili padi pun masak sempurna.

▶ Kemudian, bila ayam dah sebati bersama cili tadi, masukkan santan. Nak sedap, gunakan santan segar. Tapi kalau tak ada, boleh gunakan santan kotak pun okay.

▶ Seterusnya masukkan kentang dan masak sampai kentang empuk.

▶ Akhir sekali, masukkan daun limau purut, dan asam keping. Perasakan dengan garam.

▶ Rasa dah okay, bolehlah padamkan api.

▶ Sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Tauhu Berlauk Inti Padat. Resepi Mudah Dan Simple Untuk Minum Petang!

Masak Lemak Cili padi resepi Negeri Sembilan ni memang tak gunakan bawang tau. Jadi rasa dia memang akan berlemak santan. Bila digabungkan bersama ayam yang dah lembut tu, boleh buat kita bertambah nasi lah!

Bagi penggunaan daun limau purut dalam masak lemak ni, ramai je yang kongsikan resepi letakkan daun limau purut untuk wangikan kuah. Walaubagaimanapun dalam resepi kali ini, dikongsikan cara masa style Negeri Sembilan. Ramuan je sedikit berbeza okay. 🙂

Buat masak lemak ayam ni, boleh buat extra kuah. Dan untuk waktu petang, boleh buat cucur dan cicah dengan kuah masak lemak ni. Confirm sedap dan padu!

Jom buat resepi masak lemak cili padi ni follow resepi yang saya kongsikan ni. InsyaAllah senang nak buat dan simple je caranya. Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open