Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Set Nasi Ala Restoran Yang Menjadi Kegemaran Ramai Orang. Buat Sendiri Lebih Berbaloi Dan Banyak!

0 3,399

Siapa suka makan nasi yang jenis set macam nasi ayam, nasi kerabu, nasi daging dan sebagainya. Ye lah, kadang-kadang kalau makan kedai biasanya order nasi goreng je kan?

So, alang-alang nak makan jenis set macam ni, kitab oleh lah buat dekat rumah je. Lepas tu hiding ala-ala kedai. Wah! Best jugak tu kan.

 

AYAM PENYET MELETOP

Makanan asli dari Negera seberang ni, memang dah jadi salah satu makanan yang wajib untuk kita makan dekat Malaysia . Antara restoren yang terkenal dengan hidangan ayam penyet ini adalah Wang Songo.

Banyak juga cawangan yang ada seluruh Malaysia. Ini menandakan permintaan ayam penyet ni memang dah jadi kegemaran kita semua.

RESEPI AYAM PENYET MELETOP

Bahan-bahan yang digunakan :

Untuk Ayam:

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)- kite guna air nie juga utk masak nasi.
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

 

Untuk Sambal:

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis- kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

 

Untuk Nasi

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

 

CARA PENYEDIAAN AYAM PENYET :

Untuk Ayam Penyet:

▶ Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

▶ Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.- lagi lama perap lagi best.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu

▶ Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras.

▶ Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

 

Untuk Sambal:

  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng belacan seketika angkat dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan gula merah dan gaul rata.
  • Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa

** Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.

  • Panaskan sambal sebelum disajikan.

 

Untuk sup:

  • Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. -tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  • Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

 

Untuk Nasi:

  • Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa

** ada juga yang suka makan ayam penyet dengan nasi putih biasa sahaja, jadi ianya terpulang kepada kita.

 

NASI AYAM SEDAP

Penggemar nasi ayam confirm akan suka dengan perkongsian resepi ini. Nak buat nasi ayam ni, ada pelbagai versi. Tapi saya yakin hasil dan rasanya pasti sedap dan berselera.

Nasi ayam memang sedap bila ayamnya ada rasa manis-manis madu dan pedas sambal dia. Buat masak tengah hari lebih sikit sebab boleh lajak sampai ke malam sekali.

RESEPI NASI AYAM SEDAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Bahan untuk ayam (direbus):

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

 

Bahan untuk ayam (diperap):

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

 

Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

 

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

 

Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

 

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

 

CARA PENYEDIAAN NASI AYAM :

Ayam

▶ Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

▶ Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

▶ Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama ½ jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

▶ Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

 

Nasi

▶ Basuh beras dan tos air.

▶ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

▶ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

 

Sup

▶ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

▶ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

 

Sos

▶ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)

 

Kuah kicap

▶ Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

 

TIPS:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

BACA JUGA: Resepi Bihun-Bihun Yang Sedap Dan Lembut. Mudah je nak buat!

NASI DAGANG

Makanan tradisional Negeri Terengganu ni rasanya memang sedap. Nasi yang rasa seperti ala-ala pulut sikit, makan dengan lauk ikan tongkol dan acar timun ni selalu menjadi menu utama bagi keluarga saya di pagi raya.

Siap ayang belum pernah cuba, memang wajib try rasa. Mana tahu ada yang jatuh cinta bila pertama kali merasa.

RESEPI NASI DAGANG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Nasi dagang

  • 1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
  • 3 cawan santan cair
  • 2 sudu teh halba
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 sdt gula
  • 1 sdt garam

 

CARANYA PENYEDIAAN NASI DAGANG

▶ Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam pengukus yang telah dipanaskan.

▶ Kukus beras tersebut selama 30 minit.

▶ Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan santan dan gaulkan ia.

▶ Kemudian kukus lagi selama 30 minit.

▶ Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan tambah halba, halia, bawang, gula serta garam.

▶ Teruskan lagi mengukus selama 20 minit.

Bila dah masak barulah di angkat untuk dihidangkan.

 

Kari ikan tongkol

  • 4 sudu minyak masak
  • 3 cawan santan
  • 2 keping asam gelugur
  • 350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
  • 1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
  • 1 tangkai cili merah (dibelah dua)
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

 

Pes rempah:

  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar cili kisar

 

CARA PENYEDIAAN KARI IKAN TONGKOL

▶ Kisar bahan-bahan pes rempah hingga halus.

▶ Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan rempah hingga wangi.

▶ Tambah santan serta asam gelugur dan renehkan sebentar.

▶ Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan perasakan garam serta gula.

▶ Tambah cili dan renehkan selama 5 minit atau sehingga masak.

 

Acar timun

  • 100 gm timun
  • 100 gm lobak merah
  • 100 gm cili merah dan cili hijau
  • 50 gm bawang besar
  • 60 ml cuka
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN ACAR TIMUN

▶ Timun dipotong 2 inci dan buang biji di tengahnya. Mayang halus seperti batang mancis.

▶ Lobak merah, cili merah serta cili hijau dihiris seperti timun juga.

▶ Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.

▶ Rendamkan bahan hirisan tersebut ke dalam air kapur selama 30 minit.

▶ Kemudian cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga ia kering.

▶ Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.

Kemudian hidangkan bersama nasi dagang tadi.

 

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG

Nasi lemak dengan masyarakat Melayu memang tidak boleh dipisahkan. Jika dulu nasi lemak hanya dimakan dengan sambal ikan bilis. Tetapi sekarang ni, pelbagai jenis lauk pun dah sesuai di makan bersama nasi lemak termasuklah sambal sotong.

Yang pasti, boleh bertambah lah jika pagi-pagi dapat breakfast dengan nasi lemak lengkap dengan sambal sotong macam ni.

RESEPI NASI LEMAK SAMBAL SOTONG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Nasi lemak

  • 4 cawan beras
  • 4 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai besar-dititk
  • 3 cm halia – dipotong nipis
  • 2 ulas bawang merah – dipotong kecil
  • 10 biji lada hitam
  • 3 helai daun pandan – disimpul & ikat
  • ½ sudu kecil garam – secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK :

▶ Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis .

▶ Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan, masukkan serai, halia, biji lada hitam, bawang merah dan daun pandan serta garam.

▶ Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

 

Sambal sotong

  • 1 kilo sotong
  • 2 biji bawang besar – dipotong nipis-nipis
  • 3 sudu besar gula – boleh ditambah atau kurang
  • Garam dan air asam jawa secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

 

Bahan kisar

  • 10 biji cili kering – boleh ditambah
  • 5 bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan – dibakar/grill

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL SOTONG :

▶ Sotong di bersihkan dan dipotong kemudian ditos dan ketepikan dulu.

▶ Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

▶ Masukkan sotong, bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Sotong ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah extra.

▶ Sambal mesti la cukup semua rasa dan saya memang akan guna extra gula sebab nak bagi balance rasa pedas sambal.

▶ Sotong tak perlu dimasak terlalu lama nanti akan jadi agak liat so kacau sambal sampai sotong nampak layu dan boleh la ditutup api dapur.

 

NASI LEMAK PANDAN

Kalau tadi kita dah tengok resepi nasi lemak sambal sotong, nasi lemak nya hanya gunakan santan dan warnanya putih. Beza dengan nasi lemak pandani ni, warnanya adalah hijau kerana kita gunakan pati daun pandan sedikit.

RESEPI NASI LEMAK PANDAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Nasi lemak

  • 2 ½ cawan beras
  • 1 kotak santan – 200ml
  • 4 helai daun pandan – blender ambil airnya
  • Air secukupnya untuk menanak nasi
  • 3 ulas bawang kecil – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 inci halia diketuk
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK PANDAN:

▶ Dalam kuali, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah serta bawang putih, kemudian masukkan halia, serai serta simpulan daun pandan.

▶ Masukkan santan, air daun pandan, garam serta beras. Tambah air secukupnya.

▶ Pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti nasi biasa.

▶ Apabila nasi sudah masak, kacaukan dengan garfu supaya nasi tidak patah.

▶ Setelah nasi masak bolehlah dihidang dengan lauk atau bahan sampingan. Bahan sampingan lain seperti sambal ikan bilis, ayam goreng berempah, ikan bilis goreng, telur rebus serta hirisan buah timun.

 

Sambal ikan bilis

  • Ikan bilis
  • 2 cawan cili kering kisar
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • 4 ulas bawang merah – dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 2 biji bawang besar – dihiris bulat
  • Garam serta gula secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS

▶ Panaskan kuali, tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili garing.

▶ Masukkan belacan serta air asam jawa. Biarkan mendidih.

▶ Masukkan ikan bilis serta bawang besar. Kemudian masukkan pula garam serta gula.

▶ Rasakan ia, jika dah ok barulah diangkat untuk dihidangkan.

 

Ayam goreng berempah

  • ½ ekor ayam – dipotong ikut suka
  • 2 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 senduk cili kering kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk kari

 

CARA PENYEDIAN AYAM GORENG BEREMPAH

▶ Ayam dipotong serta dibersihkan.

▶ Bahan yang bertanda* diblender hingga halus.

▶ Masukkan kedalam bekas yang berisi ayam tadi, masukkan cili kisar, serbuk kunyit, serbuk kari serta garam dan gula.

▶ Perapkan dahulu sebelum digoreng.

 

Wah! Resepi nasi yang saya kongsikan dekat atas ni, bukan hanya sesuai untuk makan pagi, nak buat untuk makan tengah hari pun boleh. Atau untuk makan malam pun tak ada masalah.

Kepada yang baru nak mencuba buat resepi-resepi ni, jangan lupa kongsikan dulu tau dekat facebook supaya mudah untuk nak cari semula nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open