Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sup Thailand Resepi Sama Macam Kedai. Rasa Padu Dan Terangkat

0 7,899

Pernah tak makan sup di kedai makan Thailand? Rasa sup dia memang sedap padu kan? Tapi ye lah, nak makan kedai sekarang ni susah sikit nak keluar.

Bila terasa nak makan apa-apa, masak je lah sendiri. Lebih selamat dan insyaAllah lebih sedap. Sambal masak, baca selawat. 😊

Mujur juga bila terasa nak makan sup siam, terjumpe resepi dari Cik Puan Hajal Aishah Zakirai ni kongsikan cara nak buat sup thai sebijik rasa macam kedai. Fuuh!

 

RESEPI SUP THAILAND SEDAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ayam/daging
  • ½ batang Carot
  • 2 biji Tomato
  • 2 batang Batang saderi
  • Daun ketumbar
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 sudu Sos ikan
  • Garam

Bahan Tumis

  • 1 biji Bawang besar (dibelah )
  • 5 helai Daun limau purut
  • 2 batang Serai (diketuk atau dipotong serong)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 1 sup bunjut

 

CARA PENYEDIAAN SUP THAILAND SEDAP :

â–¶ Mula-mula, tumbuk bawang putih dan juga halia sehingga lumat.

â–¶ Kemudian panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.

â–¶ Minyak dah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Bawang besar, daun limau purut, serai, sup bunjut dan juga bahan tumbuk tadi

â–¶ Tumis sehingga naik bau dan kekuningan

â–¶ Bila dah wangi, masukkan air. Ini sukatan kuah kita. Didihkan

â–¶ Kemudian, masukkan ayam atau daging. Ayam atau daging ini hendaklah dihiris nipis-nipis dan dicuci bersih terlebih dahulu.

â–¶ Masak ayam atau daging sehingga empuk.

â–¶ Seterusnya, masukkan sayur keras dulu seperti lobak merah dan batang saderi.

BACA JUGA: Aneka Resepi Sotong Yang Menjadi Kegemaran Seisi Keluarga. Rasa Yang Kekal Segar Dan Tak Liat

â–¶ Lepas itu, masukkan tomato… jangan lupa masukkan jugak sos ikan, limau nipis sebiji ambil jusnya sahaja….

â–¶ Masukkan garam, ajinamoto atau cukup rasa maggi… renih kan sekejap

â–¶ Bila dah menggelegak, Sup Thailand kita dah siap….. Masa hidang tu tabur daun ketumbar….

Sup Thailand ni makan dengan dengan sambal belacan, telur dadar, timun jepun dan nasi panas-panas. Serious boleh menambah jadinya.

Kalau ada buat lebih, boleh lah berikan kepada jiran-jiran sebelah rumah. Oh ya! Resepi di atas untuk seorang dua makan sahaja tau. Jika nak buat lebih, boleh perbanyakkan bahan ye.

Selamat mencuba kawan-kawan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open