Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Moist Je Texture Kek Coklat Ni!
Berapa hari je lagi kita nak sambut tahun baru. Cuti sabtu sampai ke isnin. Mesti banyak masa kat rumah kan. Apa kata cuti-cuti ni kita buat kek kat rumah. Kek simple-simple je. Ni dia resepi kek coklat cheese kukus yang mudah dan sedap. Confirm korang suka!
Kek ni ada 2 perisa dan 3 layer. Ada perisa cheese dan jugak coklat. Tak perlu buat 2 kek berasingan lagi. Gabungan rasa cheese dan coklat ni memang mantap. Boleh selang selikaan perisa ikut citarasa masing-masing. Nak buat 4 layer pun boleh.
Kek ni tak kukus dalam loyang. Kita guna acuan kuih lompang je. Dah siap kukus, terus boleh keluarkan kek dari acuan. Guna loyang ni leceh, nak ambil masa untuk potong-potong bagai. Tekstur kek ni lembut dan moist tau! Tak cukup seketul nak makan nanti.
Resepi kek coklat kukus ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Yusriena. Letak topping atas kek ni lagi sedap ye. Sama je macam kita nak hias cup cake. Nak letak apa je topping pun boleh. Anak-anak pun suka!
Kalau ikut sukatan resepi ni kita akan dapat 25 ke 30 pcs kek coklat cheese. Boleh adjust nak buat banyak atau sikit. Kek ni sesuai jugak buat time ada majlis. Especially, bila ada sambutan hari jadi, pot luck atau majlis aqiqah. Hidang kek ni untuk pemanis mulut gitu.
RESEPI KEK COKLAT CHEESE KUKUS
Tak sabar pulak nak makan kek ni. Dulu pernah je buat sekali dengan adik. Tapi masak dalam loyang. Kali ni nak buat lagi sekali tapi guna acuan. Buat sesaja untuk makan kat rumah. Kan kita cuti tahun baru. Jom tengok bahan-bahan dan step penyediaan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kek :
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan fresh milk/susu cair
- 1/2 cawan air
- 1 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
- 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Bahan untuk lapisan cheese :
- 250gram cheese (brand Tatura)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3-4 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT CHEESE KUKUS :
Step adunan cheese :
▶️ Putarkan cheese sampai lembut. Masukkan telur + tepung gandum + gula.
▶️ Mix sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Letak tepi.
Step nak buat kek :
▶️ Pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.
▶️ Kemudian, masukkan susu pekat & minyak.
▶️ Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.
▶️ Masukkan fresh milk + air sikit-sikit, gaul slow slow biar sebati baru putar guna mixer.
▶️ Agihkan dalam bekas lompang untuk 1st layer (coklat), anggaran sukatan dalam 2 sudu besar. Kukus 5 minit.
▶️ Buka penutup pengukus, agihkan 2nd layer (cheese). Tak perlu angkat bekas dari pengukus. Sambung kukus 5 minit.
▶️ Agihkan 3rd layer (coklat), sama jugak tak perlu angkat dari bekas pengukus. Sambung kukus selama 20 minit.
▶️ Tutup api, sejukkan dulu kek, kemudian keluarkan dari lompang. Boleh hias ikut suka.
BACA JUGA : Resepi Ayam Masak Mamak Yang Simple Dan Sedap Sangat. Nak Ratah Macam Tu Pun Sedap!
Dah siap pun kek coklat cheese kukus kita ni. Dalam satu kek ada dua rasa yang berbeza. Bila gabung coklat dan cheese ni masuk mulut. Rasa dia memang nikmat tak terkata. Sedap weh! Dapat pulak kek lembut dan moist macam ni. Lagi bertambah-tambah nak makan nanti.
Kan senang kukus dalam acuan kuih lompang. Elok dan sama saiz semuanya. Cantik bila nak hidang kat pinggan untuk tetamu. Kalau nak buat jual, rekomen jugak korang kukus kek ni dalam acuan. So, semua siz kuih akan sama. Takde kecil atau terpotong besar lagi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Yusriena kerana sudi berkongsi resepi kek coklat cheese kukus ini di Facebook. Confirm sedap dan nak lagi. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!