Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Popcorn Homemade Sedap Dan Crunchy! Tak Sempat Sejuk Dah Habis Sebalang

0 25,814

Anak-anak memang suka makan keropok dan jajan. Tapi cuba sekali sekala ubah selera mereka kepada pop corn ni. Sedap tak terkata. Silap-silap jadi menu wajib hari-hari.

Bila dah tahu cara nak buat, semuanya jadi cepat dan mudah. Follow je resepi dari Siti Khodijah ni. Yang pentingnya, bahan-bahan mestilah ada kat dapur. Jika belum ada, boleh dapatkan di kedai-kedai berhampiran.

RESEPI POP CORN

Bahan-bahan yang digunakan untuk masak bertih jagung adalah :

  • 1 cawan biji bertih
  • 2 sudu besar butter/majerin
  • 3 sudu besar minyak
  • Secubit garam

 

CARA PENYEDIAAN POP CORN :

▶ Dengan api yang perlahan, masukkan minyak ke dalam kuali.

▶ Cairkan butter atau marjerin dan tabur garam. Biarkan seketika.

▶ Masukkan jagung dan gaul seketika supaya semua jagung sebati dengan butter.

▶ Kemudian cepat-cepat tutup kuali. Sebab bertih jagung akan masak dengan meletup-letup.

▶ Biarkan dia meletup-letup sampai tiada lagi bunyi. Itu tanda semua jagung sudah dimasak dan menjadi pop corn.

Boleh tutup api dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Bahan-bahan yang digunakan untuk buat caramel :

  • ¾ cawan gula (boleh ejas ikot kemanisan masing2 deh)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar butter/majerin
  • 1 sudu kecil esen vanila

BACA JUGA: Resepi Roti Simple Mudah Dah Sedap. Yang Pasti Anak-Anak Comfirm Suka

CARA PENYEDIAAN KARAMEL :

▶ Kuali yg sama lap2 sikit ngan tisu.. Guna api yang perlahan.

▶ Kemudian, masukkan gula. Cairkan seketika.

▶ Masukkan susu, esen vanilla. Kacau hingga sebati.

▶ Seterusnya masukkan butter. Kacau seketika.

▶ Bila dah sebati, tutup api.

▶ Masukkan pop corn tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga semua pop corn kena dengan caramel.

▶ Siapkan Loyang. Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 120 darjah Celsius.

▶ Alaskan Loyang dengan baking paper. Tuang pop corn yang bersalut caramel tadi ke atas dulang dan bakar selama 20-25 minit.

▶ Sejukkan dulu baru masukkan dalam bekas kedap udara.

 

Pop corn ni ada yang buat tidak bakar. Tapi bila dibakar rasa dia akan lebih crunchy. Nak makan panas-panas suam tu memang sedap.

Tak sempat nak simpan dalam balang dah separuh masuk mulut anak-anak. Dan buat lah pop corn ni untuk makan bersama time tengok movie depan tv.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open