Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bubur Sum Sum Rasa Lemak Manis. Heaven Je Bila Masuk Mulut, Memang Sedap!

0 1,783

Cara buat bubur sum sum Ini sangatlah mudah. Ia merupakan sejenis kuih tradisional yang diminati ramai. Bubur sum sum ini diperbuat daripada tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang diperbuat daripada gula melaka. Ianya merupakan kuih yang seringkali kita temui di pasar malam mahupun bazar ramadhan.

Rasa bubur sum sum seakan lapisan bawah kuih lompat tikam. Tetapi bubur sum sum hanya mempunyai lapisan putih yang dimasak dengan menggunakan santan. Teksturnya yang lembut dan cair dimulut menyebabkan ia terasa enak dimakan. 

Bubur sum sum sangat sedap dimakan sejuk-sejuk. Bila bulan ramadhan, ramai yang membelinya untuk dijadikan pencuci mulut semasa berbuka puasa. Rasanya yang lemak manis digandingkan dengan sirap gula melaka atau kabong memang terbukti enak.

Pasti anda lebih suka membuatnya sendiri dirumah, kerana cara penyediaannya sangatlah mudah. Apa kata kita follow resepi bubur sum sum yang telah dikongsikan oleh Cik Puan No Or ini.

Nak sedapkan lagi bubur sum sum ni, kena guna santan asli barulah bubur sum sum lembut dan tidak melekat. Dengan menggunakan santan asli terbukti bubur sum sum akan lebih sedap dimakan.

 

RESEPI BUBUR SUM SUM

Ada yang nak cuba buat sendiri tak? Kalau ada, jom kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dan bagaimana cara memasak bubur sum sum yang sedap dimakan sejuk-sejuk ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk bubur sum sum :
  • 4 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 st garam

 

Bahan untuk sirap gula :
  • 1 cawan gula kabong saiz besar
  • 1/2 cawan gula biasa
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN BUBUR SUM SUM :
Cara peyediaan bubur sum sum :

▶️ Adun semua bahan, kacau dengan whisks hingga rata.

▶️ Dengan api yang kecil, kacau adunan dalam periuk.

▶️ Kemudian naikkan api kepada sederhana sehingga adunan pekat. Kacau hingga adunan nampak berkilat dan betul-betul masak.

▶️ Bila cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas yang disukai.

▶️ Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Cara peyediaan sirap gula :

▶️ Panaskan semua bahan, kacau sehingga semua gula larut dan mendidih.

▶️ Sejukkan. Kemudian tapis ke dalam bekas.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Masak Nasi Daging Dan Air Asam Kerisik Utara. Sedap Sungguh!

 

Siap untuk dihidang! Sebelum hidang kena tuangkan sirap gula tadi di atas bubur sum sum barulah perfect hidangan kita. Sekarang pula, bubur sum sum selalu diubah suai. Boleh diubah menjadi warna hijau.

Yang nak bubur sum sum menjadi warna hijau, lebih sedap menggunakan warna hijau asli daun pandan berbanding penggunaan pewarna. Terangkat aroma daun pandan dalam bulur sum sum tu.

Berbuka puasa nanti bolehlah cuba resepi ni. Dijadikan manisan mulut untuk keluarga. Pasti mereka suka. Semoga resepi bubur sum sum ini memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open