Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Red Velvet Cheese Yang Gebu Dan Sedap. Tak Muak Makan, Siap Ada Rasa Lemony Lagi!
Siapa yang rajin nak baking hari ni boleh try buat resepi kek red velvet cheese ni. Confirm korang suka. Korang nak buat birthday kek pun boleh ye. Paling best, kek ni tak muak nak makan. Nak makan banyak mana pun takde masalah.
Nak buat kek ni kena ada kesabaran yang tinggi sikit. Sebab nak kena potong dua kek untuk masukkan topping cheese. Jadilah 3-4 layer macam tu. Dałam resepi ni kita nak buat sepotong-sepotong kek tu, supaya senang nak makan nanti.
Belah atas kek di hias pulak dengan topping cheese dan seketul buah yang masam manis macam strawberry. Memang sedap sangat weh! Tekstur kek pun lebih halus. Tips dia korang kena guna tepung gandum superfine dalam penyediaan kek ni.
Jangan lupa gunakan cuka buah atau cuka epal berbanding cuka masakan untuk rasa kek yang sangat halus. Masukkan jugak sedikit jus lemon ke dalam topping creamcheese untuk menghilangkan rasa muak dan menghadirkan sedikit rasa lemony.
Resepi kek red velvet topping cheese ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Johan Masiran. Buat niaga atau hidangan kat majlis-majlis pun sesuai. Sebab sepotong-sepotong kek akan dibalut dan dihias.
RESEPI KEK RED VELVET CHEESE
Ikut sukatan ni, korang boleh bakar kek dalam loyang segiempat 9x9x2 dan bakar dalam masa 1 jam bergantung pada oven. Kat sini 150°C api atas bawah atau convection oven kena bakar pada suhu 135°C. Jom follow step by step resepi ni kat bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 1/2 cwn tepung gandum
- 1 tsp garam halus
- 2 tbs serbuk koko
- 1 1/4 gula kastor
- 1 1/3 minyak jagung
- 2 biji telur gred A (suhu bilik)
- 1 tsp cuka
- 1 tsp soda bikarbonat
- 1 cwn buttermilk (1cwn susu segar suhu bilik + 1 tbs cuka – biarkan mendadih seketika)
- 2 tsp pewarna merah
- 1 tsp esen vanila
Topping cheese :
- 250g cheese
- 120g gula aising ayak
- 120g farmcow
*Campurkan semua bahan dan putar dengan mixer hingga gebu.
CARA PENYEDIAAN KEK RED VELVET :
▶️ Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam, ayak dan ketepikan.
▶️ Minyak jagung + gula – pukul sebati dgn mixer. Masukkan telur satu persatu sambil on mixer dan pukul hingga kembang gebu. High speed. Pastikan gula kastor larut sepenuhnya.
▶️ Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
▶️ Perlahankan speed, masukkan campuran tepung gandum (1) dan campuran buttermilk berselang seli dimulai dengan tepung.
▶️ Dalam mangkuk kecil, masukkan soda bikarbonat dan cuka. Campuran akan berbuih, segera masukkan ke dalam adunan (4) dan kacau dengan kaedah kaup balik.
▶️ Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriss dan lapik dengan kertas minyak, dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Mencantumkan kek :
▶️ Setelah kek sejuk, potong kek kepada 2 layer. Trimkan bahagian atas jika kek kelihatan membukit.
▶️ Paipkan atau sapukan creamcheese di atas permukaan lapisan pertama kemudian tutup dengan lapisan kedua.
▶️ Masukkan ke dalam chiller seketika.
▶️ Tanda dan potong kek mengikut saiz yang dikehendaki.
▶️ Balut setiap potong dengan plastik pembalut kek dan terus susun di atas board.
▶️ Paipkan creamcheese di atas permukaan setiap potong kek.
▶️ Hiaskan dengan buah-buahan pilihan.
▶️ Simpan kek di dalam chiller /peti sejuk setelah siap.
BACA JUGA : Resepi Tauhu Berlauk Dan Sambal Kicap. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya. Tak Cukup Seketul!
Dah siap pun kek red velet cheese kita ni. Nampak lawa dan sedap ye. Memang tak rugi la korang cuba kat rumah. Tak perlu kreativiti sangat pun. Resepi dah ada. Tinggal korang follow je sebijik-sebijik resepi dia kat sini. Kek ni confirm tak muak makan. Sedap!
Untuk buah hiasan kek ni, korang boleh je guna apa-apa jenis buah yang korang suka. Yang penting buah tu ada rasa masam manis macam strawberry. Kek lembut dan gebu ye. Tak cukup seketul nak masuk dalam mulut nanti. Nak makan pun mudah je.
Ribuan terima kasih diucapakan kepada Encik Johan Masiran kerana sudi berkongsi resepi kek red velvet cheese yang sedap dan tak muak makan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!