Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Pepes Ikan Yang Sedap Macam Kedai. Confirm Jadi!

0 3,926

Sekarang ni, kalau makan di kedai-kedai pasti akan ada yang jual pepes, atau sata ikan kan? Setiap pelanggan yang datang, dihidangkan dalam bentuk raga. 1 raga ada lebih kurang 8-10 pepes, sata atau otak-otak.

Makanan ni memang jadi favourite sangat dengan rasa isi ikan dan campuran bahan lain. Menjadikan rasa dia pedas-pedas manis je bila makan. Bila tengok resepi dari Puan Azizah ni, nampak mudah je.

Sesuai lah ianya dimakan sebagai pembuka selera, atau makan selepas makan berat pun tak ada masalah. Pernah juga lah borong untuk makan di rumah. Harga pun lebih kurang RM1 untuk 1 pepes tersebut.

Bila dah susah nak keluar makan ni, rindu nak makan pepes jom lah buat sendiri je. Perkongsian daripada Puan Azizah Hj Mohd Asah ni sangat membantu sesiapa yang nak cuba buat. Lengkap juga satu per satu diajarnya.

 

RESEPI PEPES IKAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kilogram Ikan Kembung @ Ikan Selayang. (Asingkan isi dan tulang)
  • 500 gram Tepung Ubi
  • 4 Batang Serai
  • 5-6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Segenggam cili kering
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 kotak kecik santan kara
  • Garam, gula dan maggi cukup rasa
  • Akhir sekali, daun pisang (untuk membungkus)

Tara..tinggal nak bakar je lagi.

Bakar guna magik pan je. okay, jom kita mula. Jemput baca dibawah ye 🙂

 

CARA PENYEDIAAN PEPES IKAN :

â–¶ Mula- mula sekali, kisar serai, bawang merah, halia, kunyi dan cili kering. Kisar sampai lumat dan hancur.

â–¶ Panaskan kuali, tuang bahan kisar.

â–¶ Masukkan sedikit minyak, kiub pati ayam, garam, gula, maggi cukup rasa dan juga santan.

â–¶ Masak hingga sambal jadi pekat dan agak kering.

â–¶ Dah masak, sejukkan sebentar

â–¶ Gaul isi ikan dengan tepung ubi hingga sekata.

â–¶ Sambal dah sejuk, campurkan bahan dalam ikan dan tepung tadi.

â–¶ Gaul rata supaya adunan sekata.

â–¶ Layur daun pisang, masukkan 1 sudu (ikut kesesuaian) atas daun pisang. Daun pisang ni potong kecil-kecil seperti nak buat lepat tau.

BACA JUGA: Koleksi Agar-Agar Pencuci Mulut Yang Wajib Korang Cuba

â–¶ Bungkus dan kukus selama 20 minit. Nak bakar terus taka da masalah.

â–¶ Jika buat banyak, kukus sebentar. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, bakar sekejap atas dapur. Guna pemanggang ajaib atau kuali non stick pun boleh.

â–¶ Sedia untuk dimakan bersama seisi keluarga.

Wah! Kalau tengok dari resepi perkongsian Puan Azizah ni Nampak mudah je nak buat pepes ikan ni. Pasti rasanya sedap sama seperti di kedai kan?

Kepada yang sukakan pepes ikan, sata ikan atau otak-otak, boleh lah mencuba resepi ini. Jangan lupa kongsikan di facebook anda supaya lebih ramai lagi yang boleh dapat manfaat.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open