Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Ayam Goreng Simbah Kuah Kicap. Resepi Malas Tapi Cukup Menyelerakan!

0 1,029

Masak ayam goreng simbah kuah kicap ni sangatlah mudah. Ia merupakan hidangan yang mana ayam akan digoreng terlebih dahulu sebelum di simbah dengan kuah kicap. Hidangan ini cukup dengan rasa pedas, masam, manis dan pastinya sedap.

Yang sibuk bekerja, tapi tak suka makan luar. Boleh sangat masak hidangan ini. Tak sampai 20 minit dah siap! Tak perlu duduk lama didapur. Bahan yang digunakan untuk penyediaan kuah kicap juga tidaklah renyah.

Walaupun simple tapi cukup menyelerakan. Nak hidang buat anak-anak pun boleh. Tapi kalau tak nak pedas, kurangkan je penggunaan cili. Menu ni antara menu paling ringkas dan boleh kata menu orang malas lah.

Resepi ringkas, sedap dan mengenyangkan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hana A Razak. Untuk ibu-ibu dan wanita bekerjaya diluar sana, yang mana tak sempat duduk lama-lama kat dapur bolehlah follow resepi ini.

Kadang-kadang bila tak sempat pergi pasar untuk beli barang dapur, kita orang perempuan ni boleh jadi kreatif secara tiba-tiba. Dengan menggunakan bebrapa bahan sahaja, kita dapat hasilkan hidangan yang simple tapi sangat sedap.

 

RESEPI AYAM GORENG SIMBAH KUAH KICAP

Jadi, tanpa membuang masa mari kita lihat cara penyediaan resepi simple ayam goreng simbah kicap ini. Pasti ramai yang suka. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 5 ketul ayam (goreng dengan kunyit dan garam)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji cili
  • Air asam
  • Kicap

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG SIMBAH KUAH KICAP :

▶️ Mula-mula gorengkan ayam dengan menggunakan kunyit dan garam. Siap goreng ketepikan.

▶️ Seterusnya, panaskan kuali dengan sedikit minyak lebih kurang 3 sudu. Tumiskan bawang besar sampai layu.

▶️ Masukkan air asam, dan tambah sedikit air kalau tak cukup. Guna kicap jalen lemak manis lagi padu.

▶️ Kemudian, masukkan cili padi. Nak pedas lebihkan.

▶️ Terakhir sekali, tuangkan kicap. Nak hitam pekat letak lebih.

▶️ Dah tutup api, simbah kuah kicap atas ayam goreng yang dihidang dalam pinggan. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Bubur Sum Sum Rasa Lemak Manis. Heaven Je Bila Masuk Mulut, Memang Sedap!

 

Dah siap! Mudahkan. Anak-anak pula memang suka dengan ayam goreng. Lebih-lebih lagi dapat kicap pekat manis. Seronoklah mereka.

Resepi ni boleh diubah, nak tukar ayam goreng kepada telur goreng, ikan goreng pun boleh. Memang sedap. Macam masak ayam kicap tapi yang ni versi simple gile.

Semoga resepi ayam goreng simbah kuah kicap ini bermanfaat pada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open