Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kari Sardin Paling Mudah Dan Sedap. Lauk Special Buat Penggemar Ikan Sardin Tin!

0 579

Peminat ikan sardin muncul please! Ini dia resepi khas untuk anda! Masak kari sardin paling mudah dan sedap. Boleh makan dengan nasi putih panas-panas dan juga roti. Layan dengan roti arab pun syok tau!

Ingat lagi tak masak pkp 1.0 lockdown tahun lepas. Semua orang buat panic buying. Sampai semua makanan tin habis. Beli banyak-banyak dan tak nak keluar lagi lepas tu. Confirm ada yang borong ikan sardin tin ni kan. Baik ngaku hihi.

Mestilah kena beli, sebab ikan sardin tin ni antara lauk yang tahan lama. Habis gas pun boleh makan je macam tu. Tapi kalau boleh masak, lebih baik dimasak semula ye. Barulah hilang bau hanyir pada ikan tu.

Senang je nak hilangkan bau tu, kena masak dengan serai atau asam keping dan juga halia. Biasanya Kalau nak cepat masak, ikan sardin ni kita tumis je. Tapi hari ni ada masa hujung minggu, nak cuba masak kari ikan sardin pula.

Kali ini kita akan ikuti resepi kari ikan sardin yang dikongsikan oleh Cik Puan Azlina Ina. Rugi tak cuba tau! Menyengat sangat. Mesti ramai tak tahu, ikan sardin ni boleh alter jadi masak kari kan. Bukan masak kari je tau, masak Lemak cili api pun boleh.

 

RESEPI KARI IKAN SARDIN

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan resepi ini. Nak guna ikan sardin jenama apa pun boleh tapi kalau dapat jenama ayam brand atau king cup lagi elok.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 tin besar ikan sardin (ayam brand atau king cup)

Bahan tumis :
  • 1 labu bawang besar merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit halia (dihiris)

 

Bahan lain :
  • 1 paket rempah kari babas warna kuning
  • 2 cwn Air
  • Daun kari
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Tomato (dibelah)
  • Cili besar (dipotong hujungnya)

CARA PENYEDIAAN KARI IKAN SARDIN :

▶️ Mula-mula, tumis bahan hirisan sampai garing.

▶️ Kemudian, masukkan 1 paket rempah kari babas warna kuning.

▶️ Masuk sedikit air dan masak sampai pecah minyak

▶️ Masukkan daun kari dan sardin tin tadi. Tambahkan juga dengan 2 cawan air.

▶️ Dah agak pekat kuah tu, barulah masukkan garam dan sedikit air asam jawa. Biarkan seketika.

▶️ Agak-agak dah nak masak tu barulah masukkan tomato dan cili besar yang dibelah hujungnya.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Aiskrim Baskin Robbins Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Cuma Guna 3 Bahan Je!

 

Dah siap pun! Mudah je kan nak masak kari ikan sardin ni. Nampak pekat je kuahnya. Sesetangah orang lebih suka buang tulang ikan sardin sebelum dimasak. Kalau nak asingkan pun boleh, tak jadi masalah. Yang penting rajin je.

Mudah nak makan nanti. Walaupun tulangnya rapuh, tapi ada juga yang tak suka. Resepi kari sardin ini mudah dibuat dan tak renyah pun. Tidak juga menggunakan santan. Tapi hasilnya memang pekat macam kari kedai mamak.

Lepas ni kalau stok ikan sardin tin banyak kat rumah, dah bolehlah cuba resepi ni. Kalau nak makan dengan roti puri pun sedap. Boleh search resepi roti kat blog ni. Semoga resepi kari sardin ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open