Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Goreng Berempah Homemade. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Tekak rasa nak makan ayam goreng berempah la pulak. Tapi tak nak beli kat luar. Nak masak sendiri kat rumah. Follow je resepi ayam goreng berempah homemade ni. Mesti korang suka dan puas hati dengan hasilnya. Duit poket pun jimat dari beli-beli kat luar.
Kalau takat sorang nak makan boleh je beli kat luar. Tapi kalau nak makan ramai-ramai, aku rekomen sangat korang masak sendiri kat rumah. Masak ayam goreng berempah ni mudah je. Tang buat bahan perapan tu je yang renyah sedikit. Tak macam guna tepung.
Ayam goreng berempah memang ramai penggemarnya. Lawankan dengan sambal belacan, timun dan nasi daun pandan memang sedap ye. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Dapat kuah masak gulai lagi sedap weh. Next time aku share resepi lengkap. Kali ni kita buat bahagian ayam je dulu.
Resepi ayam goreng berempah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zaliha Zaliha Salleh. Ramai tau yang share resepi ni kat Facebook. Dah cecah 5.6k sampai ke hari ni. Ayam goreng berempah ni kena banyak kerak, baru syok makan gaul dengan nasi nanti.
Time goreng ayam ni akan bau satu rumah dibuatnya. Mana tak nya, bahan perap ayam ni banyak guna serai dan rempah ratus. Bau yang sangat membuka selera. Wajib letak daun kari time goreng tau. Baru la rasa nikmat makam ayam goreng berempah nanti.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH HOMEMADE
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan perapan yang diperlukan dalam penyediaan ayam goreng berempah ni. Step memasaknya jugak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam seekor potong 20 pcs (dibasuh bersih ketepikan)
- Serai 5 btg (dipotong 1/2″ , 1/2″)
- Halia 2″
- Lengkuas 1″
- Bawang besar 2 biji
- Bawang putih 4 ulas
- Biji ketumbar 1sb
- Jintan manis 1 sb
- Jintan putih 1 sb
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH HOMEMADE :
▶️ Blender semua bahan diatas dan jangan terlalu halus.
▶️ Lepas tu tapis buang air.
▶️ Tuang semua tu dalam bekas yang berisi ayam tadi.
▶️ Masukkan rempah kari 1 pek kecil.
▶️ Masukkan serbuk cili 1 pek kecil.
▶️ Garam, aji dan gula secukup rasa.
▶️ Masukkan tepung jagung 2 sudu besar.
▶️ Telur ayam sebiji dan gaul bagi rata.
▶️ Perap dalam 1/2 jam gaul lagi dan goreng hingga tenggelam ayam tersebut.
▶️ Bila dah hampir garing masukkan daun kari.
▶️ Agak-agak dah masak angkat bersama-sama daun kari tersebut.
▶️ Ulang macam tu sampai selesai menggoreng.
BACA JUGA : Resepi Kek Marble Klasik Homemade. Lembut, Gebu Dan Mudah Sangat Nak Buat!
Dapat kat aku memang tak perap 1/2 jam. Buat siap-siap pagi, tengahari nanti baru goreng. Barulah rasa nikmat sebenar makan ayam goreng berempah. Bahan perapan terasa dan masuk sampai kat isi ayam ye. Memang sedap giler.
Hujung minggu ni memang plan nak masak ayam goreng berempah. Adik aku confirm senyum sampai ke telinga. Sebab dia suka giler makan ayam goreng berempah. Mesti request nak makan dengan nasi pandan nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zaliha Zaliha Salleh kerana sudi berkongsi resepi ayam goreng berempah homemade ini di Facebook. Rangup kat luar dan juicy kat dalam. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!