Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cucur Labu Goreng Yang Lembut Dan Enak. Menu Minum Petang Untuk Anda Sekeluarga!

0 215

Jom minum petang dengan cucur labu goreng yang lembut ni. Orang cina panggil kimpu kueh, tapi orang kita panggil cucur labu lah kan. Rasanya ramai yang tak pernah cuba resepi ni kan?

Tengok kat gambar pun dah rasa keroncong perut ni. Nampak sedap sangat makan panas-panas dengan cicahan sos. Sangat mudah dibuat dan tidak memerlukan bahan memasak yang banyak pun.

Untuk resepi Ini, anda perlu memilih labu kuning. Labu kuning juga kaya dengan vitamin dan mineral penting untuk tubuh badan kita. Kalori pun rendah. Antara manfaatnya, dapat menajamkan penglihatan, cantikkan kulit dan macam-macam lagi.

Jadi apa kata kita follow resepi cucur labu goreng yang dikongsikan oleh Cik Puan Musyahadah Oo ni. Confirm nak lagi dibuatnya! Ramai juga yang share resepi ni kat Facebook. Gambar yang beliau kongsikan dapat menarik perhatian ramai.

Bila dah cuba nanti, barulah terfikir rupanya labu pun boleh buat cucur juga. Layan cucur ni dengan teh o panas petang-petang memang seronok. Kalau dah ada sayur labu kat peti tu, apa tunggu lagi jom cuba resepi ni.

 

RESEPI CUCUR LABU GORENG

Sebelum tu, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada pemberi resepi ini. Bermanfaat sangat rresepi ni untuk kita semua. Lepas ni dah boleh tukar selera cucur sayur labu pula. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Labu kuning (disagat halus)
  • Tepung gandum
  • Kucai
  • Bawang merah kecil (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Garam
  • Lada sulah
  • Air sejuk
  • Ajinomoto/ perasa sedikit

CARA PENYEDIAAN KUIH LABU GORENG :

▶️ Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas.

▶️ Pastikan cukup rasa macam adunan cucur.

▶️ Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kari Sardin Paling Mudah Dan Sedap. Lauk Special Buat Penggemar Ikan Sardin Tin!

 

Sangat-sangatlah mudah! Rugi sangat tak cuba. Kena sagat labu ni halus-halus baru lah rasa nikmat nak makan nanti. Kalau tak halus takut keras pula masa nak makan nanti. Nak hidang cucur ni untuk sarapan pagi pun boleh ye.

Lepas ni mesti ramai yang suka makan labu. Jarang sikit orang nak buat lauk sayur labu ni. Lebih kepada kuih muih je. Tapi, lepas ni takde lah bosan asyik makan cucur udang je kan. Dah boleh buat cucur sayur pula. Anak-anak pun mesti suka!

Esok kalau nak ke pegi pasar, jangan lupa beli sayur labu kuning tau. Minum petang nanti bolehlah buat cucur ni. Semoga resepi cucur labu goreng yang lembut ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open