Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Yang Paling Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 733

Saja nak tanya, ada stok tempoyak tak kat rumah? Kalau ada, bolehlah kita cuba resepi masak tempoyak ikan patin. Mesti ramai yang suka lauk ni kan. Cara masaknya sangat mudah dan hasilnya pun sedap sampai boleh bertambah nasi dibuatnya.

Masak gulai tempoyak lebih sinonim dengan ikan patin di daerah Temerloh. Kalau nak makan gulai tempoyak ikan patin kat sana kena pilih kedai yang betul. Make sure tanya dulu harganya. Sebab ikan patin ni ada yang jenis mahal, ada juga yang murah.

Kalau tak tanya, takut tekejut je masa nak bayar nanti. Tak dinafikan masak tempoyak ikan patin ini sangat-sangatlah sedap. Boleh dimasak pedas kalau anda suka. Tekstur kuahnya pula boleh dipekat dan boleh dicairkan ikut citarasa masing-masing.

Musim durian ni mesti ramai yang buat tempoyak kan. Penggemar ikan patin pun tentu seronok sebab boleh makan masak tempoyak ikan patin kat rumah je. Isinya memang lembut. Yang tak makan tempoyak, sure rugi tak try resepi ni.

Tempoyak pula bersifat tahan lama. Boleh dimakan dengan pelbagai cara. Ada juga yang suka buat sambal tempoyak untuk cicahan. Tapi, kali ni kita nak follow resepi Cik Puan ALeya Seolihah untuk masak tempoyak ikan patin pula.

 

RESEPI MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN

Ada banyak resepi masak tempoyak ikan patin ni. Tapi yang paling digilai ramai adalah cara masak gulai tempoyak Temerloh. Jadi tak nak cakap banyak lagi, jom kita cuba resepinya disini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ikan patin dipotong (ikan ni dalam 1kg)
  • 2 senduk tempoyak (nak letak lebih pun boleh)
  • 1 genggam cili padi (dikisar)
  • 1 genggam kunyit hidup (dikisar)
  • 1 genggam daun kesum (dipotong)
  • 5 cawan air
  • Gula
  • Garam dan ajinomoto (perasa)

CARA PENYEDIAAN MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN :

▶️ Masukkan bahan kisar, air dan tempoyak. Kacau sebati. Biarkan hingga menggelegak seketika.

▶️ Bila dah nampak kuah makin pekat, masukkan ikan patin .Biarkan sampai ikan patin hampir masak.

▶️ Kemudian, masukkan daun kesum dan bahan perasa secukupnya atau ikut citarasa masing-masing.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Cucur Labu Goreng Yang Lembut Dan Enak. Menu Minum Petang Untuk Anda Sekeluarga!

 

Mudahkan! Cuma guna beberapa step memasak sahaja. Tempoyak yang banyak kat rumah tu, boleh masak macam-macam lagi tau. Boleh search resepi yang menggunakan tempoyak kat sini.

Masak tempoyak daun kayu pun boleh tahan sedap juga! Pokoknya, apa saja hidangan yang menggunakan tempoyak pastinya enak. Ada juga yang tak makan durian, tapi boleh makan tempoyak. Yang ni memang rare!

Lepas ni kalau nak masak tempoyak ikan patin, follow je resepinya disini. Masak pekat sikit barulah merecik. Semoga resepi masak tempoyak ikan patin ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open