Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Bipang Bertih Beras Homemade. Sesuai Sangat Buat Kudapan Di Rumah!
Rindunya nak makan bipang bertih beras. Siapa suka? Kita memang geng! Susah sangat nak jumpa dah sekarang. Lepas ni nak try buat sendiri je la kat rumah. Follow je resepi bipang bertih beras homemade ni kat sini. Mudah sangat nak buatnya.
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Arwah nenek selalu beli bipang bertis beras ni untuk kudapan cucu-cucu dia kat rumah. Bipang bertih beras ni ada banyak warna ye. Tapi kat resepi ni kita buat warna putih. Janji sedap dan boleh di makan.
Siapa je yang tak suka makan bipang bertih beras ni kan. Rasa manis-manis gitu. Favourite kanak-kanak zaman dulu. Kekadang berebut pilih warna. Ada yang nak hijau, pink, kuning la. Nasib tak pernah lagi aku jumpa bipang bertih beras warna biru.
Memandangkan dah lama tak jumpa orang jual bipang bertih beras ni. Apa kata kita buat sendiri je kat rumah. Follow je resepi dari Facebook yang dikongsikan oleh Cik Puan Brain Nobles. Mudah dan confirm menjadi!
Rupanya nak buat bipang bertih beras ni tak susah mana pun. Bila buat sendiri, kita boleh potong bipang kepada bahagian-bahagian kecik. Senang nak makan nanti. Tak macam yang biasa jual kat luar tu. Saiz dia lagi besar.
RESEPI BIPANG BERTIH BERAS
Tak sabar pulak nak buat bipang bertih beras ni. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan bipang bertih beras ni. Jom tengok step penyediaannya dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cwn gula perang @ puteh
- 1/2cwn majerin
- 2sb madu (optional)
- 3cwn bertih beras
CARA PENYEDIAAN BIPANG BERTIH BERAS :
▶️ Mula-mula dalam kuali, goreng sekejap bertih beras tadi tanpa minyak dalam 5 minit. Nak bagi lagi lebih rapuh, dah suam sikit masukkan dulu dalam balang tutup rapat supaya tak masuk angin.
▶️ Dalam kuali tadi masukkan gula. Kacau sampai gula tadi hancur dan cair. Bila gula dah mula agak mencair terus masukkan majerin dan madu. Kacau kejap bagi majerin tadi cair. Tutup api! Terus masukkan bertih beras tadi dan kacau laju-laju bagi semua bahan tercampur sebati.
▶️ Kemudian, terus masukkan dalam loyang. Ni kena buat cepat-cepat ye selagi bertih tadi panas. Tekan bagi padat dan terus potong.
▶️ Kalau nak masukkan dalam acuan lompang pun boleh jugak. Tapi sapu sikit minyak supaya tak melekat nak keluarkan nanti.
▶️ Siap simpan dalam bekas kedap udara.
BACA JUGA : Resepi Siakap Santan Tomyam Yang Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Dah siap pun bipang bertih kita ni. Guna 4 bahan je weh! Mudah sangat. Korang tak nak letak madu pun takpe. Sebab bipang ni dah ada manis gula didalamnya. Sebab dah lama sangat tak makan, buat sendiri pun aku sanggup.
Bipang ni boleh dibuat banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dijadikan kudapan anak-anak dan kita bila nak tengok tv dan layan movie nanti. Confirm tak sedar habis sebalang. Siap boleh buat warna warni lagi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Brain Nobles kerana sudi berkongsi resepi bipang bertih beras homemade yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!