Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kepah Sambal Berlado Tempoyak. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 116

Siapa pernah makan kepah tiibeng? Saiznya besar dan lebar dari lala, kerang dan siput. Isinya kenyal dan besar. Jom cuba resepi kepah sambal berlado tempoyak ni. Confirm bertambah nasi dibuatnya.

Nama lain kat Kelantan adalah kepah tiijing. Kepah ni boleh di masak pelbagai jenis masakan ye. Kalau makan kat luar, agak mahal jugak harganya. Baik beli dan masak je kat rumah. Masak bagi pedas baru syok nak makan nanti. 

Tak pernah lagi try resepi ni. Tapi nampak menarik. Sebab 2 jenis rasa di gabung sekali. Iaitu sambal berlado dan tempoyak. Mesti bertambah nasi buatnya. Lagi-lagi korang yang suka makan tempoyak.

Resepi kepah sambal berlado tempoyak ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Kunije Tnije. Makan dengan kepah fresh lagi sedap. Cara masak pun mudah je. Dan tak menggunakan banyak bahan.

Kepah ni macam susah sikit nak jumpa kan. Kat pasaraya pun jarang dapat. Kena pegi pasar awal pagi jugak kot baru dapat. Tapi kalau korang tinggal kat kawasan laut, mesti dah biasa sangat jumpa dan makan kepah ni kan.

 

RESEPI KEPAH SAMBAL BERLADO TEMPOYAK  

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kepah sambal berlado tempoyak ni. Step memasaknya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan :  
  • Kepah Tiibeng
  • Limau nipis
  • Daun limau purut
  • Serai (diketuk atau mayang)
  • 2sb sos cili
  • 2sb sos tomato
  • 2sb sos tiram

 

Bahan-bahan kisar : 
  • Lada merah segengam
  • Lada hijau segengam
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang merah besar
  • Halia seinci
  • Akar ketumbar
  • Tempoyak
  • Palm sugar

CARA PENYEDIAAN KEPAH SAMBAL BERLADO TEMPOYAK : 

▶️ Tumis semua bahan kisar sampai naik minyak.

▶️ Masukkan serai dan daun limau.

▶️ Masukkan sos cili, tomato dan sos tiram. Tumis lagi.

▶️ Masukkan kepah tiibeng dan kacau-kacau.

▶️ Tutup periuk supaya cepat masak. Siap!

▶️ Bila nak hidang baru perah asam limau.

 

BACA JUGA : Resepi Talam Pandan Jagung Yang Paling Sedap. Rasa Berlemak Manis Kuih Ni!

 

Nak makan kepah atau kerang kena perah asam limau ye. Kalau tak, bau hanyir kepah tu akan terhidu. Dah spoil pulak mood nak makan. Korang boleh guna limau kasturi ataupun limau purut. Yang penting masam limau. 

Kepah ni tinggi proteinnya. Sama je macam makan kerang. Sekali-sekala ambil kerang atau kepah ni elok jugak untuk kesihatan badan kita. Kalau nak makan nanti, boleh la try resepi ni. Rugi tau tak cuba. Rasa pedas campur tempoyak boleh terangkat dibuatnya. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Kunije Tnije kerana sudi berkongsi resepi kepah sambal berlado tempoyak ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open