Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Ulat Bulu Yang Lembut. Rupa Yang Unik Tapi Rasanya Memang Mengancam!
Baru-baru ni memang ada lalu lalang kuih ulat bulu ni. Teringin juga nak rasa bila tengok ramai yang kongsikan.
Sesetengah orang geli bila nak membayangkan kaki ulat bulu yang banyak tu. Tapi kuih ulat bulu ni, bila dah sekali cuba, mesti ramai yang suka. Terima kasih kepada Puan Syana Anuya Manmad sebab kongsikan resepi kuih ulat bulu ni.
RESEPI KUIH ULAT BULU
Bahan-bahan yang digunakan :
(Bahan A)
- 3 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar minyak masak
- Air suam / biasa secukupnya
- Sedikit garam
- Air kapur (saya tak letak)
- Intinya saya guna kacang merah ( beli kt kedai bakery)
- Kelapa parut putih ( kukus + garam )
- Pewarna
- 2 @ 3 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN KUIH ULAT BULU :
▶ Mula-mula campurkan kesemua bahan A. Bentukkan sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Jangan terlalu lembik dan jangan pula terlalu keras.
▶ Pastikan kelembutan doh lebih kurang nak buat kuih buah melaka.
▶ Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bergantung kepada berapa warna kita nak buat untuk kuih kita.
▶ Kemudian, ambik sedikit adunan, leperkan di atas tapak tangan.
▶ Ambil inti kacang merah (bentukkan dulu untuk lebih mudah) dan masukkan ke dalam adunan yang dileperkan tadi. Tutup kemas-kemas dan bentukkan menjadi memanjang.
▶ Buat sehingga habis adunan.
▶ Sementara itu, masak air sehingga mendidih.
▶ Bila dah mendidih, masukkan 2 atau 3 helai daun pandan. Air dah berbau wangi, bolehlah masukkan kuih tadi & rebus sebentar.
▶ Masak sehingga kuih kita masak.
▶ Bila kuih dah timbul, itu tanda kuih dan masak. Angkat dan toskan airnya.
▶ Golek-golekkan ke dalam pinggan yang ada kelapa parut.
▶ Akhir sekali, gaul² kan sehingga rata.
BACA JUGA: Resepi Kek Yang Simple Dan Mudah Guna Sukatan Cawan. Sekali Buat Jer Comfirm Jadi!
Waah! Kalau tengok kepada cara pembuatan dia, tak lari jauh dari buat kuih buah melaka. Bezanya, kuih buah melaka menggunakan inti manisan atau gula kabung sedangkan kuih ulat bulu menggunakan inti kacang merah.
Kuih ulat bulu ni, sesuai nak buat untuk minum petang. Untuk galakkan anak-anak makan, boleh pelbagaikan lagi warna yang ada atau boleh juga tukarkan inti dengan manisan. Selamat mencuba!