Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Masak Kari Daging Atau Gulai Darat Kelantan. Lain Macam Sedapnya. Confirm Menambah Nasi!

0 537

Tengah musim daging ni, boleh sangat buat resepi gulai darat Kelantan. Lain macam sedapnya! Tak perlu tumis, cuma satukan semua bahan dan renehkan sampai kuahnya pecah minyak. Hasilnya memang sedap macam gulai kenduri.

Dikatakan gulai darat ini lebih sedap dari gulai biasa kerana rasanya yang lebih beraroma dan dihasilkan dengan menggunakan rempah gulainya yang tersendiri. Kalau takde rempah darat boleh gantikan dengan rempah kari daging.

Raya ni mesti rumah masing-masing ada daging korban kan. Macam-macam resepi daging anda boleh buat. Apa kata hari ini kita cuba resepi gulai darat Kelantan. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya!

Di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Masakan gulai biasanya dijadikan menu sarapan pagi. Rata-rata peniaga kecil ditepi jalan akan menjual nasi berlauk diwaktu pagi berbanding menjual kuih muih.

Resepi kari daging atau gulai darat Kelantan ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Sis Norey Yusof melalui laman Facebooknya. Terliur juga bila melihat gambar yang dikongsikan beliau.

 

RESEPI GULAI DARAT KELANTAN

Pelbagai resepi gulai yang ada, dan masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Selain dimakan bersama nasi putih, gulai darat juga boleh dijadikan cicahan roti dan juga lempeng.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • I kg daging
  • 2 paket rempah gulai darat (kalau xde guna rempah kari daging)
  • 1/2 kg santan
  • 3 biji kentang
  • 1 sudu besar kerisek
  • Sedikit gula melaka/ nisan
  • Sedikit air asam
  • Garam secukup rasa
  • Secukupnya air untuk merebus

 

Bahan kisar :
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 inci lengkuas

CARA PENYEDIAAN GULAI DARAT KELANTAN :

▶️ Satukan daging, bahan kisar dan juga rempah gulai didalam periuk. Tambah air secukupnya.

▶️ Masak diatas api sederhana sehingga daging empuk. Tambah air jika daging masih keras.

▶️ Kemudian, masukkan santan dan juga kentang. Masak hingga kentang empuk.

▶️ Masukkan garam, nisan dan juga air asam jawa secukup rasa.

▶️ Akhir sekali, masukan kacang panjang cili hijau. Setelah pecah minyak dan sebati rasanya, bolehlah tutup api dan angkat.

 

BACA JUGA: Jemput-Jemput Roti Expired Yang Lembut Dan Sangat Mudah Dibuat. Jom Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Ramai yang berkongsi tentang keenakan resepi gulai darat Kelantan ini. Di Kelantan, kalau bekwoh atau kenduri kebanyakannya mereka akan masak gulai darat ataupun gulai kawah sebab masakan macam ni tak perlu ditumis.

Masak gulai darat merupakan cara masakan gulai yang paling mudah. Sesiapa saja boleh menyediakannya. Tak renyah seperti penyediaan gulai biasa. Lepas ni kalau rasa nak masak cepat boleh cuba resepi ni.

Lepas ni nak cuba gulai setiap negeri, wajib cuba resepi gulai darat Kelantan ni dulu. Tak cuba maka tak tahu sejauh mana keenakannya kan. Asyik dengar je orang cakap. Follow je resepinya disini. Semoga bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open