Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resipi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Penang Style. Gerenti Sedap Rugi Tak Mencubanya!
Resepi nasi tomato dan ayam masak merah penang style berbeza sedikit dengan ayam masak merah yang kebiasaannya. Kedua-dua hidangan ini merupakan satu kombinasi hidangan yang cukup sempurna dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Nasi tomato wajib dimakan dengan ayam masak merah. Biasanya hidangan ini dihidangkan bila ada majlis kenduri kendara seperti majlis perkahwinan. Ianya juga sedap dimakan bila ditambah lagi dengan satu lagi hidangan iaitu acar.
Nasi yang dimasak dengan pes tomato dan susu cair membuatkan nasi tomato itu menjadi berlemak, masam dan manis. Bila digabungkan dengan ayam masak merah boleh menjirat jari dibuatnya.
Resepi nasti tomato dan ayam masak merah hari ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Saiful Nasuha. Resepi ayam masak merah yang dikongsikan beliau lebih kepada masakan penang style.
Ayam masak merah style penang ini menggunakan rempah seperti rempah kari daging dan rempah sup. Ianya juga sedikit berkuah berbanding ayam masak merah biasa. Wow! Nampak menarik.
RESIPI NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH PENANG STYLE
Sekali sekala nak bah resepi ayam masak merah untuk dihidang dengan nasi tomato apa salahnya kan. Kapada yang gemar dengan masakan ala mamak style mesti nak mencuba resepi ni. Jom lihat cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan nasi tomato :
- Beras 4 cup (dicuci dan ditoskan)
- Susu cair 2 cup
- Tomato heinz 2 cup
- Air secukupnya
- Garam
- Serai ketuk
- Daun pudina
- Daun pandan
- 4 sekawan
- Minyak sapi
- Minyak masak
Bahan kisar :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
Bahan ayam masak merah penang style :
- 1/2 ekor Ayam
- 1 keping asam gelugur
- 2 rgt badam (direndam dgn air panas dan dibuang kulitnya)
- 2 rgt gajus
- 2sdb rempah kari daging
- 1sdb rempah sup
- Susu cair secukupnya
- Sedikit tomato soup heinz
- Sedikit minyak sapi
- Minyak masak secukupnya
- 4 sekawan
- Daun pandan
- Daun pudina
- 2 btg serai diketuk
- Garam & serbuk perasa
Bahan kisar :
- 5 biji Bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inch halia
- 1 inch lengkuas
- Cili kering segenggam
- 2 tangkai cili besar merah
CARA PENYEDIAAN NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH PENANG STYLE :
Cara penyediaan nasi tomato :
▶️ Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan 4 sekawan, daun pudina, daun pandan dan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis sampai kekuningan.
▶️ Masukkan sukatan susu cair, tomato heinz, air, garam secukupnya. Masak smpai naik wap.
▶️ Masukkan beras dan biar sampai masak. Siap!
Cara penyediaan ayam masak merah penang style :
▶️ Goreng ayam setengah masak dan ketepikan.
▶️ Kisar gajus dan badam kemudian ketepikan.
▶️ Panaskan minyak menggoreng ayam tadi dan sedikit minyak sapi. Tumiskan bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan, daun pudina, serai, rempah daging dan rempah sup sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan sedikit air.
▶️ Masukkan asam gelugur.
▶️ Masukkan susu cair dan tomato heinz. Masak sehingga mendidih.
▶️ Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
▶️ Masukkan gajus dan badam yang dikisar halus tadi.
▶️ Terakhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi. Tambahkan air jika pekat dan masak sehingga semuanya sebati.
BACA JUGA: Resepi Kuih Siput Rangup Buat Kudapan Hari Raya. Mudah Dan Pastinya Sedap!
Siap untuk dihidang. Dah masak kedua hidangan ini apa tunggu lagi, bolehlah anda dan keluarga menjamu selera. Lepas ni tak perlu tunggu kenduri kendara, anda sudah pasti boleh memasaknya setiap hujung minggu dirumah.
Kepada yang belum pernah mencuba ayam masak merah penang style, apa kata anda mencubanya. Bila tangok gambar yang beliau kongsikan, sangat membuka selera. Kelihatan seperti masak kari. Tak cuba maka tak tahu keenakannya kan.
Lepas ni kita semua akan buat nasi tomato dan ayam masak merah penang style dirumah. Boleh bagi suami dan anak-anak rasa menu baru dengan air tangan isteri. Semoga resepi ini bermanfaat. Selamat mencuba!